Sabtu, 5 Jun 2010

Elakkan Dari Marah Tak Bertempat...aku serious nih!!

FAHAMI DENGAN EMPATIS AFFIRMASI INI:

I FORGIVE AND I SET MYSELF FREE

.......................................

Baru jer beberapa hari lepas kejadian ini berlaku sendiri padaku. Selama ni aku sering beri ucapan dalam seminar dan ceramah dimana-mana sahaja aku diundang, dan antara perkara yang sering aku tekankan ialah : Mengawal Kemarahan...

Apakah frekuensi yang kita hantarkan setiap kali kita marah? frekuensi marahlah,...ye tak?..so, lepas tu, pasti lah akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang kita tarik kedalam realiti hidup kita, untuk kita marahkan...

Aku memang benar-benar berusaha menjaga perasaanku dari melayan keinginan marah tanpa sebab-sebab yang betul-betul memerlukan aku menggunakan perasaan anugerah Allah ini. Akan tetapi, kadangkala, hanya dengan perkara yang remeh dan kecil sahaja, akhirnya aku tersalah langkah juga akhirnya.

Sebagai manusia biasa yang lemah dan hina disisi Allah, aku mengakui kekhilafanku...
Kisahnya macam ni...

Hari yang tersebut aku kena masukkan sejumlah wang dalam akaun bank aku sebab setiap akhir bulan aku kena buat beberapa pembayaran melalui internet banking. Jadinya, sewaktu aku tiba di bank, aku terus ke bahagian CDM, (Cash Deposit Machine) dan beratur. Ada beberapa orang dihadapanku, CDM tu pulak macam tak dapat scan wang kertas RM50 yang baru, so, memang lama jugakla nak menunggu hingga sampai kegiliranku, tapi tak kisahlahkan, LOA la, senyum dulu and then, .... kejap je ni, aku pasti dapat menyelesaikan urusanku dengan segera...(Affirmasi la tu)

Alhamdulillah, memang tak lama pun masa yang aku tunggu untuk sampai kegiliranku, akan tetapi, ketika giliran aku sampai ke CDM, memori mesin itu masih belum selesai memproses urusan pelanggan sebelumku, aku tekan jugak butang2 esc dan accept kat CDM tu, dengan harapan CDM tu refresh balik, sambil tu aku acukan kad ATM aku dekat slot CDM tu tapi bukan boleh masuk lagi sebab slot tu masih lampu merah.

Tiba-tiba aku dengar satu suara...

...MASUKKAN LA CEPAT KAD TU!!!...

wah..ada orang yang tak sabar dan marah tanpa usul periksa la pulak..aku terus toleh ke arah suara tu, ada seorang wanita dalam usia 30'an, pakai tudung dgn muka masam, tapi bila aku pandang dia, cepat2 dia tunduk.

Aku pun buat tak kisah je, LOA la kan...hmm, pompuan ni memang tak tau nak sabar, sebab tu la hidup dia asik kena tunggu beraturlama2 dimana pun dia berada, sebab itulah yang dia selalu rungutkan...heheh..aku berkata pada diriku. Kemudian, urusan aku selesai, Alhamdulillah, CDM tu sekali je terus dapat scan duit aku tanpa perlu masuk keluar duit banyak-banyak kali macam pelanggan sebelum-sebelum aku ni.

Kemudian aku pun berlalu meninggalkan wanita negatif yang masih lagi beratur dengan masamnya dan mulut asik keluar bunyi ''tcct...tcct.."

Aku kemudian memandu kereta ku untuk singgah minum disebuah restoran berhampiran sambil berintenet dengan WIFI yang ada dikedai tu. Tiba-tiba ketika aku sedang memandu, datang satu bisikan dalam perasaan aku, tentang wanita tadi, tetiba je rasa tak puas hati, " napala aku tak bahasakan je pompuan tu tadi, bukan aku sengaja lambat-lambatkan masa...CDM tu yang lembab..bodoh punya pompuan, dah la bodoh, tak tau apa2 nak marah je ..padanlah muka kau tarikla banyak2 keadaan beratur kat mana2 pun...bodoh punya pompuan...

'eh..apa aku buat ni? astaghfirullahaladzim..napa aku marah2 ni, kan ke tadi aku cool je,..eh...aku kan ajar org suruh kawal marah, napa aku pulak jadi macam ni"...

Berlawan-lawan perasaan aku, sampailah aku tiba kekedai tu, aku pun keluar dari kereta, buat pesanan minuman dan kemudian aku melayari internet dekat sejam lebih dan cuba melupakan kemarahan aku yang tetiba je meluap2.

Selepas sejam lebih, aku ingin pulang, lalu ku bayar harga makanan dan kemudian baru aku perasan, kunci kereta aku tiada padaku, puas aku cari, atas meja, dalam poket, dalam beg..memang tak ada...

Rupa-rupanya aku tinggalkan dalam kereta, dan ketika aku keluar dari kereta, aku tekan tombol kunci , maka dengan itu, kunci aku berada dalam kereta dengan pintu terkunci! dan yang paling best lagi,..dengan enjin yang masih hidup!!!

ha..ambik aku..marah lagi..marahla lagi, layanla lagi, ini lah bahananya...

Ya Allah, ammpunilah hambaMu dan pimpinlah hambaMu yang lemah ini...

Syukurla, aku tak panik, aku senyum, aku nak call kakak aku, sebab kunci spare ada kat rumah, nak minta tolong dia hantarkan, ohh..kredit tak ada, aku pergi kedai topup berdekatan, tup-tup, bateri hand phone dah flat rupanya, tak boleh on lagi...haha..ambik aku!

Istighfar, jangan nak marah2 lagi, aku yang sendiri tarik situasi ni...istighfar, pasti ada jalan keluar...Tengah aku berkira-kira nak balik je naik bas, dan datang semula bawa kunci, (alamak, minyak cukup ke , enjin dah lama terpasang tu)..AFFIRMASI APA NAK PAKAI MASA TENGAH MACAM NI? OK..CUBA YANG NI

..EVERYTHING IS GOING TO BE JUST FINE..IN A SHORT WHILE, INSYA,ALLAH...

tetiba aku teringat skill lama yang kawan ajar dulu, jolok je kat bahagian pintu kereta tu tepat pada kunci tu dengan pembaris, jolok kuat2 3 kali, dan tombolakan naik sendiri...YES!! aku ingat dah...Alhamdulillah, sebelah kedai topup tu ada kedai jahit, aku berlari pergi beli pembaris menjahit yang panjang tu,dan...
wala....aku dapat bukak pintu kereta aku, syukur alhamdulillah...akhirnya aku selamat sampai ke rumah...

Nampak tak? sikit punya hal aje, kalau sengaja-sengaja nak layan sangat perasaan marah, macam-macam bahana boleh menimpa, Ingat! ni semua bukan kebetulan! (Baca artikel Kebetulan atau Manifestasi kalau tak faham)...kelakar pun ada jugak..tapi aku rasa buat masa ni aku serik..semoga Allah kuatkan hatiku dalam bersabar...

Anda semua yang kalau ada terbaca kisah aku ni, aku pesan, please..jangan lah sengaja-sengaja nak layan marah, kalau sebenarnya tak perlu dan kita memang ada kapasiti untuk bersabar ketika itu...aku serious nih!!

assalamualaikum..

4 ulasan:

  1. siyes siyes penah gak dlm situation neh when kite keje pkir marah je smpai mende lain sume out of hand n tk organize ! hakhak , klakar lah en . tp camne nih , sye memg sorg yg panas ati pon . so my solution to it is, dah marah , pastuh wat tatau je . haha . i like ur entries :DD

    BalasPadam
  2. kdg bila dah terlepas kata ... rasa sesal pula...

    BalasPadam
  3. klakar bc artikel yg ni. tp mang sy pn slalu terlepas rasa marah. mang la byk kali attend motivasi & slu motivasi kan diri tp tetap akan marah jgak bl dh x leh nk tahan...tp skrg dh cara nk elak marah, tiap kali nk marah sy akan ckp kat family atau kwn2 " sy tengah marah ni" smbil senyum tunjuk gigi. huhuhu...

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]