Rabu, 30 Jun 2010

ASYIK - SECRET SHIFTER

Apakah itu secret shifter (SS)

Kebanyakan pengamal LOA memiliki SS mereka masing-masing yang tersendiri.

SS ialah satu senarai (list) yang kita tuliskan tentang 5 atau lebih perkara-perkara yang pernah kita lalui atau pun apa sahaja perkara yang mana apabila kita mengingati perkara tersebut, kita akan ketawa, tersenyum atau ceria atau bersemangat.

Tujuan diadakan SS ini adalah sebagai salah satu alat bantu untuk memastikan kita sentiasa berada didalam keadaan 'feeling good'. Maka apabila berlaku sesuatu perkara yang membuatkan mood kita terganggu, sedih, kecewa, 'feeling down dan lain-lain mood yang negatif, maka SS ini adalah salah satu alat bantu yang boleh kita gunakan.

Ianya berfungsi seperti remote TV atau Astro anda. Apabila channel yang anda buka itu tidak menarik, maka anda pasti akan menekan remote untuk mencari Channel yang anda sukai (bukan yang anda benci/ khuatiri/ ingin hindari).

Ada yang menggunakan kaedah berzikir (zikir-zikir pilihan yang tertentu), senarai lagu-lagu, peristiwa2 lucu dan apa jua. Bawa List SS anda kemana sahaja, letakkan ia didalam purse atau pun wallet anda.



Lagu ni kira salah satu dari Secret Shifter saya, yang mana dulu, masa zaman Rock Kapak, saya selalu jugak jammed bawak lagu ni. Tapi masa tu, saya tak kesah pun apa maksud lagu ni, saya ingat lagu jiwang je la..tapi lama kelamaan baru saya sedar, bahawa penulis lirik lagu ini, Amin Shahab, sengaja menyembunyikan maksud lagu ini dengan meletakkan konsonan huruf kecil pada perkataan MU , mungkin supaya pendengar berfikir.



Dengan bahasa dan kalimah yang sama
Puji dan memuja (This means zikrullah: subhanallah, walhamdulillah...)
Dilindung dan dibuka
Rahsia kan tetap rahsia


Indah bukan rupa (Allah , Maha Indah tiada sekutu bagiNya)
Harum bukan bunga (Maha Suci)
Manis bukan gula (Kemanisan beriman)
Panas bukannya bara (Kehangatan cinta dan zauk)
Cinta kan tetap cinta

Sejak aku kenali
CintaMU yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga menjadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
SATU tak terbilang (KeESAan Allah)
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta


Dan hanya kepadaMU
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Takkan ku ragu.....


Judul Lagu: Asyik
Penyanyi : Damasutra
Lirik: S. Amin Shahab
Lagu : Awang BPR

Credit to Baggio, vocalist kumpulan Damasutra yang membawakan lagu ini dengan begitu baik sekali


1 ulasan:

  1. apa yang saya cari, terima kasih

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]