Rabu, 16 Jun 2010

Alhamdulillah, another 18's new LOA's just born!!

Hari ini merupakan hari ketiga Seminar Husnuzzon dan Hukum Tarikan anjuran Dewan Permuafakatan Muslimah Biro Wanita Taman Tun Teja, majlis penutup berlansung dengan sederhana tetapi amat meriah dan penuh makna. Lahir lagi adik-adik baru yang begitu bersemangat ingin memulakan hari-hari mendatang dengan penuh kesyukuran dan husnuzzon, Syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana hanya dengan izinNya sahaja, maka seminar ini dapat berjalan seperti yang dirancangkan.

Aku mendoakan agar kesejahteraan dan taufiq hidayah Allah melimpahi kita semua, terutama pada junior-junior baru dari Taman Tun Teja. Terimakasih kuucapkan pada semua AJK Biro Wanita yang memberikan peluang ini, juga tahniah pada adik Asyraf dan Siti Norshuhadah atas pencapaian mereka, tak lupa juga pada yang berusaha, facie baru, cik Norhaziqah yang bersengkang mata menyiapkan sijil hingga tengah malam..Terimakasih pada semua...


Adik Asyraaf, Peserta Terbaik Lelaki

Adik Siti Norshuhadah, Peserta Terbaik Wanita


Bro Mujahid with his slot,E.F.T




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]