Rabu, 30 Jun 2010

ASYIK - SECRET SHIFTER

Apakah itu secret shifter (SS)

Kebanyakan pengamal LOA memiliki SS mereka masing-masing yang tersendiri.

SS ialah satu senarai (list) yang kita tuliskan tentang 5 atau lebih perkara-perkara yang pernah kita lalui atau pun apa sahaja perkara yang mana apabila kita mengingati perkara tersebut, kita akan ketawa, tersenyum atau ceria atau bersemangat.

Tujuan diadakan SS ini adalah sebagai salah satu alat bantu untuk memastikan kita sentiasa berada didalam keadaan 'feeling good'. Maka apabila berlaku sesuatu perkara yang membuatkan mood kita terganggu, sedih, kecewa, 'feeling down dan lain-lain mood yang negatif, maka SS ini adalah salah satu alat bantu yang boleh kita gunakan.

Ianya berfungsi seperti remote TV atau Astro anda. Apabila channel yang anda buka itu tidak menarik, maka anda pasti akan menekan remote untuk mencari Channel yang anda sukai (bukan yang anda benci/ khuatiri/ ingin hindari).

Ada yang menggunakan kaedah berzikir (zikir-zikir pilihan yang tertentu), senarai lagu-lagu, peristiwa2 lucu dan apa jua. Bawa List SS anda kemana sahaja, letakkan ia didalam purse atau pun wallet anda.



Lagu ni kira salah satu dari Secret Shifter saya, yang mana dulu, masa zaman Rock Kapak, saya selalu jugak jammed bawak lagu ni. Tapi masa tu, saya tak kesah pun apa maksud lagu ni, saya ingat lagu jiwang je la..tapi lama kelamaan baru saya sedar, bahawa penulis lirik lagu ini, Amin Shahab, sengaja menyembunyikan maksud lagu ini dengan meletakkan konsonan huruf kecil pada perkataan MU , mungkin supaya pendengar berfikir.



Dengan bahasa dan kalimah yang sama
Puji dan memuja (This means zikrullah: subhanallah, walhamdulillah...)
Dilindung dan dibuka
Rahsia kan tetap rahsia


Indah bukan rupa (Allah , Maha Indah tiada sekutu bagiNya)
Harum bukan bunga (Maha Suci)
Manis bukan gula (Kemanisan beriman)
Panas bukannya bara (Kehangatan cinta dan zauk)
Cinta kan tetap cinta

Sejak aku kenali
CintaMU yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Akan aku genggam api
Hingga menjadi besi
Dan nyata sebati

Gelap bukan malam
Terang bukan siang
SATU tak terbilang (KeESAan Allah)
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta


Dan hanya kepadaMU
Kuserah jiwa ragaku
Walau berjuta seteru
Takkan ku ragu.....


Judul Lagu: Asyik
Penyanyi : Damasutra
Lirik: S. Amin Shahab
Lagu : Awang BPR

Credit to Baggio, vocalist kumpulan Damasutra yang membawakan lagu ini dengan begitu baik sekali


The Top Six Ways To Stay Motivated




Many people basically ask the same question:

"How can I keep myself motivated long term?"

This seems to be quite a common dilemma for many people, so I want to address it because it can be done! Here are my tips for staying motivated:

1. Get motivated every day
Zig Ziglar was once confronted about being a "motivational speaker."

The guy said to him:

"You guys come and get people hyped up and then you leave and the motivation goes away. It doesn't last, and then you have to get motivated again."

Zig reminded the gentleman that baths are the same way but we think it is a good idea to take a bath every day!

It is true that motivation doesn't last. We have to renew it each and every day. That is okay. It doesn't make motivation a bad thing. We simply have to realize that if we want to stay motivated over the long term, it is something we will have to apply to ourselves each and every day.

2. Have a vision for your life
The root word of motivation is "motive." The definition of motive is, "A reason to act." This is the cognitive or rational side of motivation. It is your vision. You have to have a vision that is big enough to motivate you.

If you are making $50,000 a year, it isn't going to motivate you to set your goal at $52,000 a year. You just won't get motivated for that because the reward isn't enough. Maybe $70,000 a year would work for you. Set out a vision and a strategy for getting there. Have a plan and work the plan.

3. Fuel your passion
Much of motivation is emotional. I don't know quite how it works but I do know THAT it works. Emotion is a powerful force in getting us going. Passion is an emotion, so fuel your passion.

"Well, I like to work on logic," you may say. Great, now work on your passion. Set yourself on a course to have a consuming desire for your goal, whatever it is. Do whatever you can to feel the emotion and use it to your advantage!

4. Work hard enough to get results

You can build on your motivation by getting results. The harder you work, the more results you will get and the more results you get, the more you will be motivated to get more.

These things all build on one another. If you want to lose weight, then lose the first few pounds. When the belt moves to the next notch you will get fired up to get it to the notch beyond that!

5. Put good materials into your mind
I can't say this enough - listen to tapes.

I still listen to tapes regularly. I buy tape clubs from other speakers and I learn and grow. Their successes motivate me to get my own successes!

Read good books. Read books that teach you new ideas and skills. Read books that tell the stories of successful people. Buy them, read them, and get motivated!

Buy great music and listen to it. I just did a spinning class at the club today. Whenever a good song came on I was actually able to get motivated to ride faster! It gets you going and motivates you!

6. Ride the momentum when it comes
Sometimes you will just be clicking and sometimes you won't. That is okay. It is the cycle of life.

When you aren't clicking, plug away. When you are clicking, pour it on because momentum will help you get larger gains in a shorter period of time with less energy.

That is the Momentum Equation! When you are feeling good about how your work is going, ride the momentum and get as much out of it as you can!

These are the top six ways to stay motivated. They are simple principles, but when you put them to work regularly, they will change your life by keeping you motivated all the time.

Get going!
By Craig Harper.
http://www.selfhelpstreet.com/

Selasa, 29 Jun 2010

nescaya akan Aku kurniakan rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka

Moja dan Fahmi sudah hampir setahun berusaha mengaplikasikan kaedah berhusnuzzon dalam diri mereka masing-masing...

Pembabitan awal secara suka-suka kerana tertarik dengan idea-idea bahawa manusia diberikan kemampuan menarik kedalam hidup mereka apa yang mereka impikan dan kebanyakannya berbentuk material hanya dengan mengubah cara mereka berfikir.

Memang pada awalnya Fahmi dan Moja agak teruja dengan percubaan-percubaan awal mereka menguji kekuatan 'daya tarikan minda' mereka yang mana rata-rata 95% terbukti makbul..

Malah Fahmi sendiri berpengalaman beberapakali berjaya me'manifest' beberapa jumlah wang sama seperti apa yang divisualkan atau di affirmasi kan.



Tak kurang juga Moja yang berjaya memanifestasikan keinginan melancung setiap tahun ditempat-tempat percutian yang mewah dan jauh dari tanahair..

Segalanya ini membuatkan mereka lebih kuat mendalami perkongsian konsep Husnuzzon ini , dan kerap juga mereka mengadakan perbincangan mendalami dan bertukar-tukar pandangan dan pendapat baru dengan rakan-rakan mereka yang lain. Memanifestkan keinginan berbentuk material, seperti handphone idaman, laptop baru, mudah mendapat parking kereta dan lain-lain sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Dan, hari demi hari, bilangan rakan yang mengikut jejak mereka makin bertambah. Pelbagai affirmasi mula muncul dan dikongsikan sesama mereka.

Namun disebalik semua ini, tersirat sesuatu yang mungkin mereka tidak sedari selama ini. Tanpa disedari watak mereka makin terserlah telah bertukar 'transformasi' ke arah watak manusia husnuzzon yang lebih cemerlang. Perangai Panas baran makin lenyap tanpa disedari , hanya setelah dimaklumkan oleh teman wanitanya yang makin menyedari perubahan positif ini, barulah Fahmi sedar...'dah lama aku tak merengus atau mengamokla...'

Moja juga makin lama kian merasakan kelazatan melakukan solat hingga terpanggil untuk selalu menunaikannya di Mesjid, dan hati mudah tersentuh pabila nama Allah disebut didepannya. Lebih-lebih lagi setelah memahami tentang bab Al-Quran dan tenaga.

Dan sesuatu yang pasti, apa jua yang selalu mereka visualkan atau fokuskan, adalah bergantung pada logik keadaan sesebuah permintaan.

Akan tetapi, pada malam itu, tanggal 28 Jun 2010...

Malam itu Moja menemani aku untuk menyiapkan Slot 20 minutes preview untuk seminar di Takaful Ikhlas esok. Sebelum dia beredar pulang, aku sempat berpesan padanya:

Moja, ingatlah, cinta itu milik Allah, cinta yang kita ketahui ini cuma perasaan yang dipinjamkan kepada kita supaya kita dapat mengetahui dan menikmati perasaan ini. Sesungguhnya Allah itulah Creator and Designer of Love, Ar Rahman, Ar Rahim, maka gunakanlah dengan sebaiknya.

Moja kemudian berlalu meninggalkan aku dan kemudiannya pergi berjumpa Fahmi, lalu mereka seterusnya keluar untuk makan malam disebuah restoran. Dan antara yang dibualkan mereka pada malam itu adalah tentang Kecintaan Allah terhadap hambaNya dan juga pemberian Allah yang terkira luasnya.

Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba pelayan restoran datang dan meminta bil makanan yang telah diberikan tadi. Pada mulanya mereka menyangka bahawa pelayan itu ingin membetulkan jumlah harga makanan dan minuman. Akan tetapi mereka mendapati pelayan tersebut membawa bil tersebut ke kaunter pembayaran dan kelihatan seseorang disitu sedang membuat pembayaran untuk mereka!

Mereka bergegas ke kaunter pembayaran dan menemui pakcik yang membayarkan bil mereka. Oh, mereka kenal dengan pakcik ini, bapa kepada salah seorang rakan sekampung mereka, Farid. Mungkin kerana itulah pakcik ini sengaja ingin membelanja mereka.

'Pakcik, terimakasihlah kerana bayarkan makanan kami ni'..Fahmi memulakan kata seraya menghulurkan tangan untuk bersalam.

'Anak-anak ini dari mana? kamu kenal ke dengan pakcik' tanya pakcik itu..

Ah..pakcik itu tak mengenali mereka rupanya, tetapi mengapa pula membayarkan makanan mereka?

'Kami kenal Pakcik, pakcik ni, bapa kepada Faridkan?" Mujahid mencelah dengan kehairanan.

'Oh...Kamu kawan Farid, maaflah, pakcik tak perasan' jawab pakcik itu lagi.

'mmm..tapi pakcik...terimakasihlah kerana bayarkan makanan kami ni...Moga Allah sentiasa merahmati pakcik...' Celah Fahmi pula.

'Oh..itu tak jadi masalah...ok, assalamualaikum' dan pakcik itu terus berlalu meninggalkan Fahmi dan Moja yang sedang terpinga-pinga memikirkan apa yang berlaku sebenarnya.

Mengapa pakcik itu membelanja kita? kalau dia nak belanja, kenapa bukan semua meja dikedai ni? Kenapa kita? sedangkan tadi dia memang betul-betul tak kenal kita...Persoalan ini berulang-ulang dibenak mereka berdua. Mereka kembali kemeja mereka dan tidak berkata apa-apa.

'I'm speechless' kata Moja.

Mengapa agaknya? mereka bertanya padaku, aku pun tak tahu jawapannya. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Akan tetapi, kita semua sedia maklum, walau apapun bentuk rezeki itu, semuanya datang dari Allah S.W.T. Dan nampaknya inilah salah satu dari apa yang dimaksudkan dalam

Surah At-Talaq (Ayat 2-3) Barang sesiapa yang bertaqwa kepada Allah maka Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (bagi permasalahan yang menimpa mereka). Dan juga memberikannya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka.



Mungkin pengalaman ini tiada apa ertinya bagi orang lain, tetapi bagi mereka ini amat bererti bagi mereka dan hanya mereka berdua sahaja yang benar-benar memahami apakah isyarat yang dhantar kepada mereka.

Dan petang tadi mereka berdua mengakui bahawa kaedah husnuzzon dan hukum tarikan bukan hanya menjurus pada kebahagiaan material, ianya lebih berbentuk kebahagiaan rohani, yang mana hanya mereka-mereka yang telah mengalaminya sahaja akan memahaminya......

Wallahuaklam

Ahad, 27 Jun 2010

How to Heal your Children





Complete mind and body healing is possible for every child on this planet. Every baby is born with the power to heal themselves. It is a natural gift we each receive at birth. When you educate your children with this understanding that they have the power to communicate with every cell in their body and can heal their body of any dis-ease, you'll soon find they quickly access their natural healing powers within. It's truly amazing what happens when we stop throwing limiting negative beliefs onto these amazing little beings. They instantly feel a shift in what's possible and discover a way to make their body and mind a divine healing playground.

Children are the easiest beings in the world to heal because they are the most creative and open to change. Their bodies are not stuck in the past, or fixated upon a certain mindset from years of skeptical thought patterns. They are fresh, alive and always growing up and out of their old skin and ready for what is new! They are natural healing machines who are willing to believe whatever the "big people" tell them, because deep down inside they feel adults have the power of God inside them...and they are right! Yes, we have so much to learn from these amazing children, they are our true teachers.

"It is no measure of health to be well adjusted to a profoundly sick society" ~J. Krishnamurti

In this super fast-paced, complicated, toxic society it has become very challenging for any child to remain healthy. Children are natural sponges, they absorb everything around them. If your child's environment is filled with stress, arguing, negativity or disorder, they will assimilate this energy into their body and take it on as their own. When you surround your child with an environment constantly overflowing with positive, light-hearted laughter and fun-loving joyful energy, they absorb this energy and effortlessly begin to discover this natural state of healing inside. Whatever we focus on, we become. It's really that simple.

"Every situation, properly perceived, becomes an opportunity to heal." ~ A Course in Miracles

Directions on How to Heal your Child: The first thing you want to do, is to create a quiet time together where you and your child will not be disturbed by anything for at least 10 minutes. Sit down together on the floor and prop your child up on pillows so that you are looking directly across at them on the same level. Ask them if they are willing to give you their full attention. Set a timer for 5 minutes and say to them that until the timer beeps they get to sit on this pillow and cannot move. Gaze gently into your child's eyes and ask that they just relax their body and look at you. Allow a gentle smile and soft eyes to permeate your face. Feel what is happening inside them and inside of your body. Now imagine you are sending golden white light from your heart, flooding their entire body. Breathe this light into every cell and fiber of their being for all 5 minutes. Ask them to imagine a golden white light is filling them up from the inside! Remain in eye contact as much as possible yet be free to giggle or laugh if necessary. After 5 minutes lay down on the floor and give them a big snuggle and tell them you love them sooooo much!

"The love that you withhold in life is the pain that you carry." ~Ralph Waldo Emerson

If on any level you notice that you are hoping, wishing or demanding your child is different than how they are right now, they will receive this message as, "I'm not OK." Sure, you may really want them to feel health and be 100% healed, yet children are highly sensitive beings. They will absorb the base foundational feeling or vibration you're sending out, which is either coming from fear or love. All hope, wishing and demands are based in fear. Simply remember that love is patient, super gentle, very kind, and it does not expect perfection. It loves the person exactly as they are. When you apply this simple awareness to how you relate with your child, you'll soon see they start to change and a little miracle will occur. They will feel this loving sweet energy inside themselves and instantly begin their own natural healing process.


By Jafree Ozwald
www.EnlightenedBeings.com

Sabtu, 26 Jun 2010

FIKIRKAN SEJENAK

CUBA RENUNGKAN, BAYANGKAN, MEMANG PASTI, BAHAWA SUATU KETIKA NANTI, KETIKA ANDA MELAWAT BLOG DAN PROFILE INI, MEMBACA ARTIKEL-ARTIKEL DAN CORETAN PENULISNYA, NAMUN KETIKA ITU, PEMILIKNYA SUDAH TIADA LAGI DI DUNIA INI...CUBA FIKIRKAN PULA BAHAWA PERKARA INI JUGA PASTI AKAN BERLAKU PADA PROFILE DAN BLOG ANDA JUGA....

Semoga kita semua diberi perlindungan oleh ALLAH





Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya,

bermaksud : “Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku”.

Sumber: JAKIM

Manusia hari ini enggan bercakap tentang mati

Ia terjadi kerana manusia pada hari ini tidak berapa mahu meletakkan urusan agama itu lebih penting daripada segala-galanya. Sebagai contoh, terkadang-kadang kita dapat lihat seorang Muslim itu dari agenda hariannya sebagai seorang yang beragama Islam, tetapi tidak berusaha untuk menampilkan diri dengan Islam itu sendiri.

Sejak mencelikkan mata bangun daripada tidur, paling tidak menunaikan solat Subuh, itupun bukan dalam keadaan berjemaah, sama ada di masjid, surau ataupun menjadi imam di rumah bersama isteri dan anak-anak.

Kalau pada hujung minggu, lepas solat tidur semula, tidak berapa terikat dengan kuliah subuh, pembacaan al-Quran, membaca zikir Ma’thurat, kaunseling diri, isteri dan anak-anak, atau apa sahaja yang boleh meningkatkan peristasi iman kepada Allah SWT.

Bangun selepas itu bersarapan pagi, kemudian ke pasar atau berjalan-jalan bersama keluarga ke tempat yang boleh menghilangkan rasa gundah seminggu di pejabat.

Tetapi persoalannya di sini, kenapa elemen-elemen agama tidak termuat dalam diari atau agenda harian hidup seseorang Muslim.

Apakah kita sudah rasa cukup dengan ilmu yang ada di dada mengenai ilmu-ilmu yang boleh mengingatkan kita kepada alam kematian?

Ilmu agama terakhir yang dipelajari mungkin semasa menduduki peperiksaan SPM beberapa tahun lalu di sekolah menengah, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat M.A. atau PhD.

Selepas daripada itu, menjawat jawatan mantap dengan gaji yang lumayan, sibuk dengan tugas harian yang akhirnya menjadikan diri teramat sibuk. Kuliah di pejabat pun tidak boleh hadir dan begitulah kuliah-kuliah yang disediakan di surau atau masjid berdekatan di rumah.

Sumber: http://mamaqil.fotopages.com/?entry=1257936
Credit to: Ogy Nordin



Selasa, 22 Jun 2010

Antara Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W

Wahai manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini,dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu,dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap Syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu,mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu,maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah Allah,dirikanlah sembahyang lima kali sehari,berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku,menyampaikannya pula kepada orang lain,dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.
*Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.


Nota*: Apakah Rasulullah mengisyaratkan sesuatu pada umatnya diakhir zaman ini?

Jumaat, 18 Jun 2010

Vaksin Kemurungan - Bersangka Baik Kepada Allah






“Sesungguhnya Kami akan menimpakan cubaan ke atas kalian dengan sedikit ketakutan, kelaparan serta kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang jika ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Innâ lillâhi wa innâ ilaihi râji‘ûn.” (Surah al-Baqarah 2:155-156).

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). (AlBaqarah 2:214)

Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/04/vaksin-kemurungan-bersangka-baik-kepada.html

Tuhan masih sayangkan saya..

"Syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya...

Ayat ini sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat kita dimana sahaja, terutama apabila seseorang itu mendapat sesuatu perkara atau mengalami suatu peristiwa yang memberikan makna yang membawa harapan atau penyelesaian masalah dalam kehidupan seseorang itu.

Memang secara umumnya ayat ini nampak macam sedap dan lunak didengari. Tetapi, sedarkah kita apakah maksud sebenar dari ayat ini? Mari kita dengar sekali lagi:

"...Syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya..."


Oh, jadi, selama ini kamu fikir Tuhan tak sayangkan kamulah? Maksudnya kita tanpa disedari telah berSU'ULDZON (Sangka Buruk) terhadap Allah kerana menghadapi beberapa kesukaran atau pun ujian didalam kehidupan. Hanya setelah diberi pertolongan atau harapan, barulah kita menyedari selama ini Dia masih sayangkan kita? Barulah teringat nak bersyukur? Begitu?

Perkataan 'MASIH" dalam frasa di atas itu sahaja sudah bermaksud sesuatu yang sementara sahaja dan akan berhenti pada bila-bila masa. Tak faham? Ok, lihat contoh dibawah ini:

Saya MASIH belajar di UITM, saya akan berhenti belajar apabila berjaya menamatkan Ijazah Perguruan pada akhir tahun hadapan. ATAU

Saya MASIH menunggu ketibaan kapalterbang di KLIA . Kapalterbang dijangka tiba pada pukul 10 malam, ketika itu barulah saya akan berhenti menunggu.

Saya MASIH hidup walaupun mengalami kemalangan yang dahsyat kerana belum tiba ajal lagi.

SO, ADAKAH: Sekarang ini Tuhan MASIH lagi sayangkan anda , tetapi esok lusa tak tahu lah, mungkin Dia tak sayang pulak, ialah, manusia selalu buat dosa dan kemungkaran, so, mungkin bila buat dosa tu, Tuhan tak sayanglah...

SEDANGKAN Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang!! Allah SENTIASA SAYANG dan MEMANG SAYANG dan AMAT KASIH pada sekelian hambaNya. Tiada masih-masih dalam kasih sayang Allah!

Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistemNya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.

Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitled untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T. Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hambanya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?


Daripada Anas bin Malik R.A

Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: ‘Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiKu (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.’

(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)

Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun DOSA seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar DOA dari hamba-hambanya.

Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan juga Su'uldzon (Sangkaburuk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.

Please be fair to HIM!!
Hello.... Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hambaNya tak sama dengan cinta maut ciput manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.

Oleh itu, saya sarankan supaya gunakanlah perkataan,

"Syukurlah..walaupun hidupku begini, namun tetap punya Allah yang sentiasa menyayangi diriku dalam apa keadaan jua pun."

Bukankah yang Baik itu dari Allah, dan yang Khilaf itu dari kelemahan kita sendiri? Semua orang pandai cakap ayat ini kan?

1) Firman Allah:

مَّآ أَصَابَكَ مِنۡ حَسَنَةٍ۬ فَمِنَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَآ أَصَابَكَ مِن سَيِّئَةٍ۬ فَمِن نَّفۡسِكَ‌ۚ وَأَرۡسَلۡنَـٰكَ لِلنَّاسِ رَسُولاً۬‌ۚ وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ شَہِيدً۬ا

"Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini." (An Nisa', 4: 79)

2) Firman Allah:

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah Yunus, ayat 44)

Ada yang memberitahu saya bahawa perkara buruk tak akan berlaku pada sesiapa pun tanpa izin Allah. Benar, tak akan bergerak sebutir hama walaupun semua manusia dan jin bersatu untuk menggerakkannya tanpa izin Allah. Akan tetapi kebenaran untuk memilih buruk baik itu telah lama diberikanNya sejak dari azali lagi. Wajarkah kita mengatakan bahawa:

Aku mencuri kerana telah ditakdirkan Allah bahawa aku akan mencuri.

Dizaman saidina Umar R.A, seorang pencuri yang berkata dengan perkataan di atas telah dipotong tangan akibat mencuri dan disebat 30 kali kerana mengeluarkan kenyataan seperti diatas.

Saidina Umar kemudian memberitahu bahawa pencuri itu dihukum sebat kerana berdusta atas nama Allah (Maksudnya mendakwa perbuatan jahatnya itu tidak dirancang sebaliknya Allah yang mentakdirkan sedemikian pada dirinya.)

Oleh itu, wajarkan kamu menuduh Allah yang mengizinkan perkara buruk berlaku atas kamu? Allah hanya memberikan perkara yang TERBAIK sahaja untuk kamu. Perkara buruk hanya akan berlaku keatas dari kamu hasil kesilapan kamu sendiri. Allah tidak pernah sesekali menzalimi diri kamu. Persangkaan yang mengatakan perkara buruk yang berlaku pada kamu adalah kerana Allah yang mentakdirkan kepada kamu itu hanyalah pandangan dangkal dan Su'uldzon. Oh, jadi, nanti kalau berlaku apa-apa musibah , bolehlah salahkan Allah, tak perlulah nak salahkan diri sendiri, begitu kah? Susah benarkah kamu fikir untuk Allah menciptakan makhluk yang independant dan intelligent?

Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad:

Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hambaku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan.

(Bukan dengan apa yang kamu risaukan atau khuatirkan) - Ini adalah satu kelebihan dan kemudahan pada manusia sebenarnya, sekiranya anda menerapkan cara hidup berhusnuzzon dan berfikiran positif maka dengan izin yang telah dikurniakannya (kuasa eksekutif untuk memilih sempena kedudukan manusia sebagai khalifah) dari azali lagi ini, maka anda akan mendapati kehidupan anda dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

maka kerana itulah kajian Quantum fizik mendapati bahawa:

Anda menarik kedalam hidup anda apa yang anda berikan fokus, tumpuan, perhatian dan tenaga samada perkara negatif atau positif.

Sekiranya anda suka memberikan perhatian pada kisah-kisah buruk tentang perceraian dan keruntuhan rumah tangga orang lain, maka tenaga-tenaga berbentuk itulah yang anda juga sedang berusaha menariknya kedalam hidup anda.

Itulah Persangkaan-persangkaan anda (affirmation anda), atau fokus anda , perkara-perkara yang anda suka dan seronok bila membicarakannya beramai-ramai, senang cerita, mengumpat hal orang lain atau jaga tepi kain oranglah. Tindakkan menyebarkan beritanya hanyalah menarik lebih ramai orang berbincang dan memperkatakan tentang keaiban orang lain yang mana sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hukum sebab musabab, dan juga Qada' dan Qadar tentang jodoh rumahtangga orang tersebut.

"
Nak percaya, percaya lah, tak nak percaya terpulang, aku bukan nak paksa sesiapa pun, tapi, jangan pandang remeh pada Islam dan menganggap Islam tak relevan dengan sains. Sains itu sendiri milik Allah wahai manusia-manusia moden! Dan jangan sebut nama Allah sewenang-wenangnya (berdusta atas nama Allah) jika untuk menegakkan benang basah yang kamu sendiri tahu dalam hati kamu bahawa kamu itu salah!


Artikel asal oleh: taalidi


Terbit untuk ILuvIslam pada 23hb July 2010

LINK 1

LINK 2

Khamis, 17 Jun 2010

Be creative, not defensive.

As you defend against something in your life, you are bringing the very thing you don't want to you. Defending is focusing on the problem, and defending attracts more defending. Instead, be creative and focus all your energy on the out come you want. Creating is focusing on the solutions. Be creative, not defensive. Focus on the solutions, not on the problems.

(The Secret Daily Teachings)

Rabu, 16 Jun 2010

Alhamdulillah, another 18's new LOA's just born!!

Hari ini merupakan hari ketiga Seminar Husnuzzon dan Hukum Tarikan anjuran Dewan Permuafakatan Muslimah Biro Wanita Taman Tun Teja, majlis penutup berlansung dengan sederhana tetapi amat meriah dan penuh makna. Lahir lagi adik-adik baru yang begitu bersemangat ingin memulakan hari-hari mendatang dengan penuh kesyukuran dan husnuzzon, Syukur ke Hadrat Allah S.W.T kerana hanya dengan izinNya sahaja, maka seminar ini dapat berjalan seperti yang dirancangkan.

Aku mendoakan agar kesejahteraan dan taufiq hidayah Allah melimpahi kita semua, terutama pada junior-junior baru dari Taman Tun Teja. Terimakasih kuucapkan pada semua AJK Biro Wanita yang memberikan peluang ini, juga tahniah pada adik Asyraf dan Siti Norshuhadah atas pencapaian mereka, tak lupa juga pada yang berusaha, facie baru, cik Norhaziqah yang bersengkang mata menyiapkan sijil hingga tengah malam..Terimakasih pada semua...


Adik Asyraaf, Peserta Terbaik Lelaki

Adik Siti Norshuhadah, Peserta Terbaik Wanita


Bro Mujahid with his slot,E.F.T




Khamis, 10 Jun 2010

New LOA's is born today!!

Syukur Alhamdulillah, dengan izinNya, maka seminar 'Kecemerlangan Minda Melalui Husnuzzon' berjalan lancar seperti yang divisualkan...malah, aku amat terharu dengan sokongan dan komitmen dari peserta-peserta iaitu adik-adik baruku yang keseluruhannya mengakui pada akhir penutup majlis penyampaian sijil, bahawa seminar 2 hari setengah ini amat memberi kesan yang membawa perubahan positif dalam diri mereka dan rata-rata menyokong ingin aku meneruskan seminar ini keseluruh peringkat masyarakat...Syukur Alhamdulillah...agak teruja juga aku membaca borang soal selidik mereka..

Di waktu-waktu begini, aku teringat siapa diri aku dulu...dan amat bersyukur padaNya kerana memberi peluang padaku untuk mejadi diriku sekarang ini...dan aku juga tak kan lupa pada semua rakan-rakan seperjuangan dari saat-saat awal mempelajari LOA, menterjemah dan mengaplikasikan kepada perspektif islam...hinggalah akhirnya dapat membentuk satu module seperti yang ada hari ini..yang aku yakin, insyaAllah, pasti akan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

So, dalam seminar yang berakhir tengahari tadi, maka lahirlah lagi 21 orang LOA's baru dengan semangat yang amat optimis tergambar diwajah dan hati mereka sewaktu mengalunkan lagu 'Kau Boleh'


Loa's Terbaik (Lelaki)


Loa's terbaik (wanita)


Bro Mujahid dengan slot beliau 'E.F.T' (Emotional Freedoms Technique)




Pengerusi JKK dan Ajk dalam majlis penutup






Sabtu, 5 Jun 2010

Elakkan Dari Marah Tak Bertempat...aku serious nih!!

FAHAMI DENGAN EMPATIS AFFIRMASI INI:

I FORGIVE AND I SET MYSELF FREE

.......................................

Baru jer beberapa hari lepas kejadian ini berlaku sendiri padaku. Selama ni aku sering beri ucapan dalam seminar dan ceramah dimana-mana sahaja aku diundang, dan antara perkara yang sering aku tekankan ialah : Mengawal Kemarahan...

Apakah frekuensi yang kita hantarkan setiap kali kita marah? frekuensi marahlah,...ye tak?..so, lepas tu, pasti lah akan lebih banyak lagi perkara-perkara yang kita tarik kedalam realiti hidup kita, untuk kita marahkan...

Aku memang benar-benar berusaha menjaga perasaanku dari melayan keinginan marah tanpa sebab-sebab yang betul-betul memerlukan aku menggunakan perasaan anugerah Allah ini. Akan tetapi, kadangkala, hanya dengan perkara yang remeh dan kecil sahaja, akhirnya aku tersalah langkah juga akhirnya.

Sebagai manusia biasa yang lemah dan hina disisi Allah, aku mengakui kekhilafanku...
Kisahnya macam ni...

Hari yang tersebut aku kena masukkan sejumlah wang dalam akaun bank aku sebab setiap akhir bulan aku kena buat beberapa pembayaran melalui internet banking. Jadinya, sewaktu aku tiba di bank, aku terus ke bahagian CDM, (Cash Deposit Machine) dan beratur. Ada beberapa orang dihadapanku, CDM tu pulak macam tak dapat scan wang kertas RM50 yang baru, so, memang lama jugakla nak menunggu hingga sampai kegiliranku, tapi tak kisahlahkan, LOA la, senyum dulu and then, .... kejap je ni, aku pasti dapat menyelesaikan urusanku dengan segera...(Affirmasi la tu)

Alhamdulillah, memang tak lama pun masa yang aku tunggu untuk sampai kegiliranku, akan tetapi, ketika giliran aku sampai ke CDM, memori mesin itu masih belum selesai memproses urusan pelanggan sebelumku, aku tekan jugak butang2 esc dan accept kat CDM tu, dengan harapan CDM tu refresh balik, sambil tu aku acukan kad ATM aku dekat slot CDM tu tapi bukan boleh masuk lagi sebab slot tu masih lampu merah.

Tiba-tiba aku dengar satu suara...

...MASUKKAN LA CEPAT KAD TU!!!...

wah..ada orang yang tak sabar dan marah tanpa usul periksa la pulak..aku terus toleh ke arah suara tu, ada seorang wanita dalam usia 30'an, pakai tudung dgn muka masam, tapi bila aku pandang dia, cepat2 dia tunduk.

Aku pun buat tak kisah je, LOA la kan...hmm, pompuan ni memang tak tau nak sabar, sebab tu la hidup dia asik kena tunggu beraturlama2 dimana pun dia berada, sebab itulah yang dia selalu rungutkan...heheh..aku berkata pada diriku. Kemudian, urusan aku selesai, Alhamdulillah, CDM tu sekali je terus dapat scan duit aku tanpa perlu masuk keluar duit banyak-banyak kali macam pelanggan sebelum-sebelum aku ni.

Kemudian aku pun berlalu meninggalkan wanita negatif yang masih lagi beratur dengan masamnya dan mulut asik keluar bunyi ''tcct...tcct.."

Aku kemudian memandu kereta ku untuk singgah minum disebuah restoran berhampiran sambil berintenet dengan WIFI yang ada dikedai tu. Tiba-tiba ketika aku sedang memandu, datang satu bisikan dalam perasaan aku, tentang wanita tadi, tetiba je rasa tak puas hati, " napala aku tak bahasakan je pompuan tu tadi, bukan aku sengaja lambat-lambatkan masa...CDM tu yang lembab..bodoh punya pompuan, dah la bodoh, tak tau apa2 nak marah je ..padanlah muka kau tarikla banyak2 keadaan beratur kat mana2 pun...bodoh punya pompuan...

'eh..apa aku buat ni? astaghfirullahaladzim..napa aku marah2 ni, kan ke tadi aku cool je,..eh...aku kan ajar org suruh kawal marah, napa aku pulak jadi macam ni"...

Berlawan-lawan perasaan aku, sampailah aku tiba kekedai tu, aku pun keluar dari kereta, buat pesanan minuman dan kemudian aku melayari internet dekat sejam lebih dan cuba melupakan kemarahan aku yang tetiba je meluap2.

Selepas sejam lebih, aku ingin pulang, lalu ku bayar harga makanan dan kemudian baru aku perasan, kunci kereta aku tiada padaku, puas aku cari, atas meja, dalam poket, dalam beg..memang tak ada...

Rupa-rupanya aku tinggalkan dalam kereta, dan ketika aku keluar dari kereta, aku tekan tombol kunci , maka dengan itu, kunci aku berada dalam kereta dengan pintu terkunci! dan yang paling best lagi,..dengan enjin yang masih hidup!!!

ha..ambik aku..marah lagi..marahla lagi, layanla lagi, ini lah bahananya...

Ya Allah, ammpunilah hambaMu dan pimpinlah hambaMu yang lemah ini...

Syukurla, aku tak panik, aku senyum, aku nak call kakak aku, sebab kunci spare ada kat rumah, nak minta tolong dia hantarkan, ohh..kredit tak ada, aku pergi kedai topup berdekatan, tup-tup, bateri hand phone dah flat rupanya, tak boleh on lagi...haha..ambik aku!

Istighfar, jangan nak marah2 lagi, aku yang sendiri tarik situasi ni...istighfar, pasti ada jalan keluar...Tengah aku berkira-kira nak balik je naik bas, dan datang semula bawa kunci, (alamak, minyak cukup ke , enjin dah lama terpasang tu)..AFFIRMASI APA NAK PAKAI MASA TENGAH MACAM NI? OK..CUBA YANG NI

..EVERYTHING IS GOING TO BE JUST FINE..IN A SHORT WHILE, INSYA,ALLAH...

tetiba aku teringat skill lama yang kawan ajar dulu, jolok je kat bahagian pintu kereta tu tepat pada kunci tu dengan pembaris, jolok kuat2 3 kali, dan tombolakan naik sendiri...YES!! aku ingat dah...Alhamdulillah, sebelah kedai topup tu ada kedai jahit, aku berlari pergi beli pembaris menjahit yang panjang tu,dan...
wala....aku dapat bukak pintu kereta aku, syukur alhamdulillah...akhirnya aku selamat sampai ke rumah...

Nampak tak? sikit punya hal aje, kalau sengaja-sengaja nak layan sangat perasaan marah, macam-macam bahana boleh menimpa, Ingat! ni semua bukan kebetulan! (Baca artikel Kebetulan atau Manifestasi kalau tak faham)...kelakar pun ada jugak..tapi aku rasa buat masa ni aku serik..semoga Allah kuatkan hatiku dalam bersabar...

Anda semua yang kalau ada terbaca kisah aku ni, aku pesan, please..jangan lah sengaja-sengaja nak layan marah, kalau sebenarnya tak perlu dan kita memang ada kapasiti untuk bersabar ketika itu...aku serious nih!!

assalamualaikum..

Selasa, 1 Jun 2010

Melentur Buluh Biar Dari Rebung

Sungguh comel dan bersungguh sekali adik-adik ini menghafal affirmasi

Affirmasi 1

video

Comel kan? kan? kan?

Affirmasi 2


video

Cute kan? kan? kan?
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]