Sabtu, 29 Mei 2010

Murah Rezeki VS Mewah Rezeki

Hari ini aku nak berkongsi sedikit dengan perkara yang mungkin remeh temeh pada masyarakat kita dan juga sesetengah individu, iaitu tentang perkataan :
MURAH REZEKI.

Boleh sesiapa beritahu, dari mana perkataan MURAH REZEKI ini mula digunakan dan berasal? Aku pun tak pasti tetapi apa yang aku tahu semenjak aku mula tahu berfikir dan sedar bahawa aku berada dimukabumi ini, aku telah diajarkan dengan perkataan ini dan rata-rata 100% orang Melayu menggunakannya.

"Ya Allah,murahkanlah rezekiku......"

"Semoga hidupku dikelilingi dengan rezeki yang murah..."

Cuba kita fahami dengan betul dan tepat, apakah maksud sebenar yang dapat kita fahami dengan ayat ini?

Apakah yang benar-benar perasaan anda dapat rasakan ketika menyebutnya?

Dikelilingi oleh rezeki yang murah? murah atau mudah? (mudah mendapat rezeki)

I think it doesn't mean anything
atau pun ianya lebih menjurus pada keadaan rezeki yang kita tidak mahu iaitu rezeki yang sedikit, susah ataupun hanya dengan rezeki yang murah-murah sahaja... (kelakar jugak part ni...hehe). Apapun, pada ku, perkataan MURAH rezeki ini adalah termasuk dalam jenis affirmasi negatif.


Mari kita cuba tukar pada perkataan MEWAH pula

" Ya Allah, mewahkanlah rezekiku..." atau

" Semoga hidupku dimewahkan dengan rezeki..."

Yes..baru aku dapat rasakan satu kelegaan dimana aku faham apa yang aku pohonkan dari Allah, bila aku menggunakan perkataan mewah.

(Memanglah, Allah Maha Memahami apa yang ingin disampaikan oleh para hambaNya) Tetapi ini adalah berkaitan dengan kepuasan hati dan perasaan kita sendiri ketika ingin memohon pada Allah. Bak kata orang sekarang, : kalau nak minta, minta lah baik-baik, atau kata Allahyarham P.Ramlee : Cakap Biar Terang....

Rasulullah SAW pernah bersabda:

Maksudnya:
“Berdoalah kamu kepada Allah dalam keadaan kamu yakin dimakbulkan dan kamu ketahuilah bahawa Allah tidak akan memakbulkan doa dari hati yang lalai serta bermain-main (dengan apa yang dipohon atau sibuk dengan urusan selain Allah Ta‘ala).”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi)

Benar, cara kita BERUSAHA UNTUK MENYAMPAIKAN permohonan doa yang betul dan tepat kepada Allah juga adalah satu komitmen. Ada seorang ustaz dalam ceramahnya pernah berseloroh dengan berkata:

Allah tak faham bahasa Arab yang kamu gunakan
(menjurus pada sesetengah orang yang menghafal doa tanpa mengetahui maksud dan juga tidak belajar nahu dan tertib bahasa Arab tetapi hanya menghafal dan dijadikan amalan selepas solat)

Jadi, aku sarankan, (hanya saranan, kalau taknak terima terpulanglah). Mulai hari ini, tukar perkataan MURAH REZEKI kepada MEWAH REZEKI. Cuba dulu, dan lihatlah apa yang akan dapat anda rasakan bila menggunakan ayat MEWAH ini, dan lihat pula apakah hasilnya pada realiti hidup anda...

wallahuaklam

Artikel asal susunan taalidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]