Khamis, 13 Mei 2010

LOA does works!!

SEMAKIN SESEBUAH BERITA DIPERBESARKAN, SEMAKIN RAMAI YANG MEMIKIRKAN, MEMPERKATAKAN DAN MEMBERIKAN FOKUS KEPADA PERKARA-PERKARA YANG DIPERBESAR-BESARKAN, TAK KIRA PERKARA NEGATIF ATAUPUN PERKARA POSITIF. AKIBATNYA, PERKARA-PERKARA YANG SERUPA AKAN BERULANG-ULANG BERLAKU DALAM KEHIDUPAN SESEBUAH MASYARAKAT ITU.

Contoh-contoh berita yang diberi 'Hi-lite' dan seterusnya berlaku lagi kejadian-kejadian yang hampir serupa dalam minggu-minggu seterusnya.

Lagi kanak-kanak mati didera
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 April - Kisah kematian dua kanak-kanak malang, K. Harreswaral, 1, dan Syafiah Humairah Sahari, 3, akibat didera secara sadis pada Mac dan Februari lalu masih segar di ingatan.Namun, ia seakan-akan tidak mencetuskan keinsafan apabila kejadian sama berulang dan kali ini membabitkan kanak-kanak perempuan Lee Swee Hui yang berusia tiga tahun.Cukup menyayat hati, pada tubuh mayat kanak-kanak tidak berdosa itu terdapat lebih daripada 30 kesan lebam dan luka di badan, dahi serta pipi.Siasatan awal polis mendapati kecederaan pada Swee Hui dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.Menurut doktor, lebam-lebam dialami mangsa merupakan kesan kecederaan yang dianggarkan baru seminggu lalu. Swee Hui dihantar ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan, dekat sini oleh bapa tirinya pada pukul 7.45 pagi setelah mendapati dia tidak sedarkan diri.Mangsa disahkan meninggal dunia di situ dan bapa tirinya, seorang penganggur yang berusia 27 tahun ditahan selepas pihak hospital menghubungi polis.
Ibu kandung Swee Hui, 24, seorang suri rumah, turut ditahan di pangsapuri di Jalan BS 14/2A, Bukit Serdang beberapa jam kemudian untuk membantu siasatan.
-------------------------------------------------------------------------------------

Ibu bapa Lee Swee Hui didakwa
KUALA LUMPUR 22 April - Ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak perempuan, Lee Swee Hui, 3, yang mati akibat didera di rumah mereka di pangsapuri Bukit Serdang pada Rabu lalu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, tindakan itu diambil setelah pihaknya selesai melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.
"Kita telah selesai siasatan kes dan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada 14 April lalu, Swee Hui dihantar ke Poliklinik Komuniti Seri Kembangan oleh bapa tirinya setelah mendapati dia tidak sedarkan diri.
Kanak-kanak malang tersebut disahkan meninggal dunia di poliklinik berkenaan dan berikutan itu, bapa tirinya yang merupakan seorang penganggur ditahan selepas pihak hospital menghubungi polis.
Terdapat kira-kira 60 kesan lebam dan luka di badan, dahi serta pipi kanak-kanak tidak berdosa itu.
Siasatan awal polis mendapati kecederaan pada kanak-kanak itu dipercayai akibat dipukul dengan objek keras.
Menurut doktor, lebam-lebam dialami mangsa merupakan kesan kecederaan yang dianggarkan baru seminggu sebelum mangsa meninggal dunia.

Polis tembak mati pelajar selepas kejar-mengejar
SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.

Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.
“Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong,” kata beliau di sini semalam.

Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.
Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.
“Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya.
“Pemandu kereta itu, Aminulrashid Amzah, 15, mati terkena tembakan,” kata beliau.


Lagi Remaja Ditembak Polis Dalam Kejadian Kejar Mengejar
GEMENCHEH: Seorang anggota polis digantung tugasnya kerana menembak seorang remaja dalam kejadian kejar-mengejar di Jalan Jelebu di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, ditembak polis kerana enggan memberhentikan motosikal walaupun diarah berulang-kali untuk berbuat demikian.
Mohd Azizi daripada Paroi dekat sini ditembak pada perut dan menjalani pembedahan di Hospital Tuanku Ja’afar di sini.

MUNGKINKAH KITA BOLEH MENGUBAH KEADAAN NEGARA MENJADI LEBIH AMAN DAN MAKMUR JIKA SEMUA PIHAK MEDIA MELAKUKAN EKSPERIMENT SELAMA SEMINGGU DENGAN HANYA MENYIARKAN BERITA-BERITA BERBENTUK PERKARA-PERKARA BAIK DAN POSITIF DAN DIJADIKAN SATU ISU YANG DIPERBESARKAN?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]