Ahad, 16 Mei 2010

KEPENTINGAN BERFIKIR DARI SUDUT POSITIF

SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI


Sifat mementingkan diri sendiri atau lebih dikenali sebagai ‘selfish’ menurut istilah adalah merupakan satu sifat dimana tindakan yang dilakukan tidak memikirkan orang lain. Orang yang mempunyai sifat mementingkan diri sendiri selalunya melakukan tidakan yang boleh menguntungkan dirinya sendiri tanpa memikirkan tentang kebajikan orang lain. Bagaimana caranya untuk kita keluar dari kepompong sifat yang agak mementingkan diri sendiri? Apa yang saya dapat kongsikan disini adalah cuba kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Apa kesan yang akan berlaku pada orang lain sekiranya kita mempunyai sifat seperti itu? Apa pula yang akan kita rasa sekiranya orang lain melakukan sikap sebegitu rupa terhadap diri kita? Tentu kita tidak mahu orang memperlakukan kita sebegitu rupa bukan? Oleh itu, sebelum kita melakukan sesuatu, cuba letakkan akal fikiran di tunjang utama. Nafsu, perasaan, kita cuba tolak ianya di belakang.


SIKAP YANG SUKA MENYALAHKAN DIRI SENDIRI


AKU NI TAK BERGUNA!”


Kebanyakan dari kita gemar untuk menyalahkan diri sendiri atas sesuatu yang berlaku. Rakan-rakan sekalian, disini saya ingin mengajak anda semua mantapkan motivasi yang ada dalam diri kita. Ayuh kita keluar dari takuk lama yang suka menyalahkan diri sendiri. Walaupun pada hakikatnya apa yang kita lakukan itu memang datangnya dari kesalahan diri kita sendiri, cuba untuk tepis sikap itu. Sekiranya kita terus-terusan bersikap seperti ini, masalah kita tidak akan dapat diselesaikan malah mungkin akan menggoyahkan semangat yang ada dalam diri kita. Mari kita sama-sama berenang ke dasar lautan. Timbulkanlah diri anda di permukaan dan jangan biarkan diri kita terus tenggelam dan hanyut dibawa nafsu perasaan. Mari kita bersama-sama mengangkat martabat diri kita sendiri. Bagi peluang kepada diri anda sendiri untuk maju kehadapan. Namun anda harus ingat. Jangan sesekali kita cuba menyalahkan orang lain atas perkara yang berlaku. Cuba cari penyelesaian dari sudut yang positif. Sekiranya kita memandang dari sudut yang positif, INSYAALLAH perkara yang datangnya dari sudut negatif akan dapat kita hapuskan.


SETIAP KALI AKU NAK JADI YANG TERBAIK, PASTI AKU AKAN MENJADI YANG TERBURUK


Bedasarkan penyataan di atas ini, apa kata sekiranya kita cuba memandangnya dari sudut yang positif. Rakan-rakan sekalian, sebenarnya, perkara ini merupakan satu hikmah buat kita. Pernah anda mendengar bahawa sebaik-baik guru adalah pengalaman? Yang terburuk itu lah merupakan pengalaman buat kita. Dari buruk itulah kita akan cuba mencari kebaikan. Dari buruk itulah kita akan cuba mempertahankan yang ‘terbaik’ yang telah kita capai. Dengan sendirinya kita akan muhasabah diri kita dan akan menepis segala keburukan yang pernah kita lalui.

Rakan-rakan seperjuanganku sekalian, saya ambil satu contoh. Antara orang yang senang dan orang yang miskin, apakah yang menjadi sumber kekuatan di antara kedua-duanya? Jikalau kita mencari jawapan melalui teori, jawapannya adalah ‘bebas dari segala masalah’. Namun, seandainya kita mencari jawapan melalui sudut praktikalnya pula, sumber kekuatan diantara orang senang dan orang yang miskin adalah KEIKHLASAN. Setiap dari kita telah ditentukan ketetapan hidup masing-masing. Namun, seandainya kita ikhlas dalam menghadapai ujian dari Allah S.W.T, INSYAALLAH kita akan menjadi orang yang terbaik dalam kehidupan kita. Hati kita akan tenang dan tabah dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjalani setiap masalah yang kita hadapi dengan memandangnya dari sudut yang positif. Letakkan akal fikiran pada tunjang utama. Akhir kata, jadilah seorang yang ikhlas di dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. semoga di tahun baru islam dan tahun baru ini yang jatuh pada hari yang penuh rahmat iaitu pada hari jumaat, kita semua akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. INSYAALLAH


SALAM PERJUANGAN DARI


-ORANG MUDE GENG KITE-

ARTIKEL INI DIPETIK DARI:

http://blogs.myspace.com/511417071/Orang Muda Geng Kita

CREDIT TO: Orang Muda Geng Kita

1 ulasan:

  1. bener banget ni tentang pikiran positif,mksh gan infonyaa..:)
    mampir disini jga yaa http://how-yourblog.blogspot.com/

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]