Selasa, 25 Mei 2010

Al Qur'an dan Tenaga



Firman Allah S.W.T

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Qur’an dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya”. (A-Hijr : 9)

Mari kita renungkan sejenak, bahawa setiap firman Allah yang direkodkan di dalam Al Quran, adalah perkataan dari Allah S.W.T sendiri, Pencipta sekalian alam ini. Kita perlu juga memahami dengan jelas, bahawa apabila kita membaca ayat-ayat Allah, ianya bukanlah hanya sekadar terbatas kepada pembacaan mulut kita sahaja.

Setiap kali kita membaca Al Quran, ayat-ayat ini mempunyai tenaga dan frekuensi yang amat kuat, di mana kita selalu mendengar dari ustaz-ustaz dan para alim ulama yang mengatakan bahawa ayat-ayat Al Quran mempunyai khasiat. Dalam istilah sains, perkataan khasiat ini sebenarnya adalah merupakan tenaga.

Hujah saya:
Sebagai bukti, Allah telah memberi jaminan, bahawa isi kandungan Al Quran akan tetap terpelihara sehingga hari kiamat, dan tidak akan dapat diselewengkan, ditiru, atau pun dipalsukan. Ianya hanya boleh bertukar bentuk, iaitu dari bentuk asal (firman Allah) yang diwahyukan kepada Rasulullah S.A.W oleh perantaraan Malaikat Jibril A.S di dalam bahasa Arab (yang direkodkan/dijilidkan), sehingga ke bentuk moden, yang pada hari ini boleh kita temukan dalam bentuk CD, Software dan sebagainya.

Tetapi isi kandungannya tidak akan pernah berubah, tidak akan dapat dipinda atau diubah oleh sesiapapun kerana adanya jaminan pemeliharaan dari Allah.

Apakah pula definisi tenaga di dalam fizik? Bagi mereka yang mengikuti kelas Fizik tentunya amat familiar dengan definisi ini:

Tenaga di dalam fizik merupakan suatu kuantiti skalar yang menerangkan jumlah kerja yang dapat dilakukan oleh sesebuah daya dan juga merupakan sejenis ciri pada objek dan sistem yang menuruti sebuah Prinsip Keabadian. Jenis-jenis tenaga termasuklah tenaga kinetik, keupayaan, haba, graviti, bunyi, cahaya, elastik dan elektromagnetik.

Mengikut Prinsip Keabadian :

Tenaga tidak boleh hilang atau dimusnahkan tetapi ia boleh di tukar kepada bentuk yang lain.


Perhatikanlah kesinambungan definisi tenaga yang dapat kita lihat dari penerangan diatas. Maka janganlah kita memandang rendah pada pembacaan ayat-ayat Al Quran, kerana setiap pembacaan, ianya mengeluarkan tenaga yang amat kuat frekuensinya. Amalkanlah ayat-ayat Al Quran dalam hidup kita. Tenaganya boleh berfungsi sebagai ubat, penawar, meluaskan kemewahan rezeki, ketaqwaan, keimanan dan akhlak yang positif.

Oleh itu, fahamilah, Alqur'an adalah kalamullah (perkataan Allah) maka apabila kita mendengar pembacaan Al-Qur'an atau membacanya, maka anggapkan dan cuba hayati bahawa adalah seolah-oleh kita sedang mendengar Allah bercakap dengan kita.
Manakala solat itu adalah perhubungan atau komunikasi terus menerus diantara kita dan Allah S.W.T. Maka ketika bersolat anggapkan dan hayati bahawa ianya seumpama kita sedang bercakap-cakap dengan Allah. Dengan membri penghayatan sbegini, InsyaAllah, pemikiran kita tidak mudah melencong kearah perkara lain ketika di dalam solat apabila kita telah memahami bahawa kita sedang berkomunikasi (bercakap-cakap) dengan Pencipta kita.

Wallahuaklam, sila betulkan saya andainya saya memberi pandangan yang salah.

Artikel Asal susunan: arjunasetia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]