Ahad, 16 Mei 2010

Memberi Kemaafan dan Peluang

Memberi kemaafan dan peluang kepada seseorang ada ketikanya amat berat bagi kita, terutamanya setelah hati kita dilukai, atau dikhianati.

Kadangkala hanya ucapan maaf dimulut sahaja, tetapi belum tentu kita ikhlas dihati. Bagaimanakah dapat kita memberi kemaafan dengan setulus hati yang ikhlas dan melupakan perkara tersebut?

Perlu dingatkan disini, dari sudut Hukum Tarikan bahawa kita sentiasa membuat permintaan dan doa kepada Allah, dan memberikan fokus pada perkara tersebut dan amat berhusnuzzon agar diberi peluang oleh Allah supaya memakbulkan permintaan kita.

Kadangkala, sebelum permintaan kita dimakbulkan, Allah akan menguji kita terlebih dahulu dan adakalanya kita tidak sedar bahawa musibah yang melanda adalah antara ujian tersebut.

Kita sentiasa inginkan permintaan kita dimakbulkan, setiap dosa kita diampunkan, tetapi pada masa yang sama, kita sendiri sukar memberi kemaafan dan peluang pada sesama insan.

Maka frekuensi yang kita keluarkan adalah frekuensi "tidak memberi peluang' atau frekuensi ' tidak mahu memaafkan'

Maka dengan ini, kita masih menerima tenaga-tenaga berbentuk ' tidak diberi peluang' dan sebagainya yang negatif dan mengelilingi persekitaran realiti hidup kita.

Marilah kita berasa malu dengan Allah atas kekhilafan kita yang sukar memberi kemaafan dan peluang pada sesama insan sedangkan kita amat berharap kepada Allah supaya sentiasa memberi kita peluang dan keampunan.

Kita bukan hanya perlu menjaga hubungan dengan Allah, tetapi juga sesama insan. (Hablumminallah, hablumminannas)

Antara cara yang boleh anda lakukan untuk membuang kemarahan anda ialah dengan menulis segala apa yang terpendam didalam lubuk jiwa anda, yang selama ini anda simpan sebagai dendam dan kemarahan, tuliskan segalanya dengan penuh emosi diatas sehelai kertas, (tenaga kemarahan ini akan berpindah pada kertas itu) kemudian, anda bakarlah kertas itu dan hancurkan abunya dengan kaki anda.

Gunakan affirmasi ini setiap hari tidak kurang 100 kali sehari:

I FORGIVE AND I SET MY SELF FREE

Maka mari kita mula tukar frekuensi yang tidak kita sedari ini dengan menjadi pemaaf dan pemberi peluang. Antara kebaikan yang kita akan dapati apabila memaafkan adalah:

1. Hati akan menjadi bersih/suci
2. Fikiran menjadi tenang
3. Penyakit rohani dan jasmani mudah sembuh
4. Wajah lebih cantik/tampan kerana wajah adalah cermin hati
5. Suntikan hidayah akan memasuki jiwa anda
6. Rezeki akan dipermudah dan mula melimpah ruah
7. Mula dapat merasai kehadiran kasih sayang yang banyak dari berbagai sudut
8. Diri akan menjadi lebih produktif kerana anda lebih bertenaga dan bersemangat
9. Doa cepat dimakbulkan
10. Kemampuan tenaga zahir dan batin akan meningkat

Artikel asal susunan: arjunasetia

2 ulasan:

  1. bagaimana nak dapatkan kepercayaan org itu?

    BalasPadam
  2. affa, kepercayaan atau kemaafan? jika kepercayaan, pada hemat saya, berlaku jujur dn ikhlas dengan diri sendiri adalah tindakkan yang menghantar freekuensi yg menarik kembali tenaga2 berbentuk 'anda senang untuk dihargai dan dipercayai' kembali kepada kita. Wallahuaklam.

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]