Sabtu, 17 April 2010

Pengenalan Hukum Tarikan


Hukum Tarikan (Law of Attraction) merupakan satu hukum alam dari sudut Quantum Fizik. Kita umumnya pernah mempelajari tentang Hukum Graviti (Law Of Gravity) yang merupakan salah satu dari Hukum Alam yang diperakui dari segi sains dan diterima oleh Islam sebagai salah satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, pencipta alam semesta.

Didalam Hukum Graviti, apa jua akan tertarik kebumi oleh tarikan graviti. Tidak kira siapa kita, bangsa apa dan ugama apa, baik atau jahat, sekiranya anda terjun dari tingkat 10 menara KLCC, anda sudah pasti akan jatuh ke bumi. Ini adalah kerana Hukum Graviti sentiasa berlaku dan tidak pernah gagal menjalankan sistemnya yang telah ditetapkan oleh Allah. Kecuali didalam beberapa kes tertentu atas kehendak Allah, hukum graviti tidak berlaku seperti dalam peristiwa isra' dan mi'raj Rasulullah S.A.W ada diriwayatkan sebuah batu ingin mengikut Nabi ke langit, tetapi tidak diizinkan Allah, maka batu yang baru naik beberapa meter ke udara itu terhenti dan tidak jatuh kebumi semula. Ianya tetap disitu seolah-olah tergantung sehingga kini. Dari segi sains, jisim batu tersebut sudah terkeluar dari sistem tarikan graviti maka ianya logik untuk tergantung sehinggalah pada batas waktu yang ditetapkan Allah.


http://fiq-life.blogspot.com/2008/01/batu-tergantung-di-masjidil-aqsa.html

Manakala didalam Hukum Tarikan pula, prinsipnya ialah suatu cetusan fikiran akan menarik perkara yang sama dengan sesebuah cetusan fikiran itu. Dalam ertikata lain ianya boleh dimengertikan dengan tiga perkataan iaitu: Fikiran Menjadi Kenyataan (Thoughts Becomes Things).
Para pengkaji Hukum Tarikan telah menyenaraikan banyak terjemahan pada prinsip ini seperti

You Are What You Think You Are
Diri anda merupakan apa yang anda fikirkan tentang anda),

If You can See It In Your Mind, You Can Hold It In Your Hand
(Jika anda boleh melihatnya didalam fikiran anda, tidak mustahil untuk anda memilikinya).

Umumnya, setiap hari manusia pasti akan berfikir, samada tentang masa lalu, masakini, masa depan, tentang urusan-urusan harian dan sebagainya. Terdapat pelbagai cetusan fikiran setiap hari yang dicetuskan oleh minda kita dari pelbagai arah tentang pelbagai perkara. Dari segi sains, otak normal seseorang manusia mampu mencetuskan lebih kurang 60,000 cetusan fikiran sehari. Menurut kajian fizik kuantum, setiap cetusan fikiran mempunyai gelombang (frekuensi). Otak manusia mengeluarkan frekuensi setiap kali manusia itu berfikir dan frekuensi ini mempunyai signal magnetik yang sangat kuat.

Anda tidak dapat melihat frekuensi dari gelombang otak tetapi anda boleh mengambil contoh frekuensi telefon bimbit anda, atau frekuensi radio, yang mana juga tidak dapat dilihat oleh kita, tetapi kita amat menikmati faedah dari gelombang-gelombang radio dan telefon bimbit kita setiap hari. Bagaimanakah frekuensi telefon bimbit anda berfungsi? Ramai juga yang tidak tahu tentangnya tetapi amat bergantung pada penggunaannya. Apa yang kita tahu, jika kita dial nombor telefon rakan kita, satu frekuensi akan dihantar ke satelit dan satelit akan mengenal pasti nombor penerima dan menghantarkan isyarat pada telefon rakan kita dan dalam masa beberapa saat, anda sudah dapat berbual dengan rakan anda walaupun jaraknya beratus batu dari anda. Kesimpulannya, setiap frekuensi mempunyai isyarat untuk dihantar dan mampu diterima oleh sistem penerimaan yang tepat.

Persoalannya, kemanakah pula frekuensi yang dihantar oleh otak kita dan jenis frekuensi apakah yang kita hantarkan? Sebelum membincangkan hal ini dengan lebih mendalam, kita perlu memahami tentang kewujudan alam semesta ini.


Kita semua memahami bahawa setiap apa jua diseluruh alam semesta ini terdiri daripada tenaga yang dikenali dengan nama atom. Didalam alam semesta terdapat galaksi-galaksi, dan salah satunya adalah galaksi Bima Sakti dimana terdapat sistem suria kita, didalam sistem suria kita terdapat 9 planet didalam sistem orbit yang tersendiri dan salah sebuahnya adalah planet kita iaitu Bumi. Maka dibumi ini lah manusia ditempatkan dimana manusia pula terdiri daripada tubuh badan fizikal yang mempunyai sistem organ tubuh yang terdiri dari sel-sel badan, dimana sel-sel badan ini terdiri dari atom dan jelas sekali atom merupakan tenaga yang bergetar.Hakikatnya seluruh alam semesta ini adalah berasaskan atom atau tenaga.

Oleh itu, sedar atau tidak, kita semua adalah berhubungan antara satu sama lain dalam bentuk tenaga. Kita bukanlah hanya terdiri dari daging, darah dan nyawa, tetapi melebihi dari itu. Manusia adalah penciptaan Allah yang sangat hebat.

Firman Allah: Sesungguhnya manusia itu Kami ciptakan dengan sebaik-baik kejadian (Fizikal dan Spiritual yang sangat istimewa). (At-Tinn :4)

Oleh itu, seluruh alam semesta ini terdapat banyak tenaga. Berbalik kepada persoalan kita tadi, frekuensi yang dikeluarkan oleh otak manusia akan terpancar keseluruh alam semesta dan akan menarik tenaga yang ada dipersekitaran ruanglingkup alam semesta, dan dipantulkan semula kepada penghantar isyarat frekuensi tadi iaitu manusia yang berfikir tadi. Jenis tenaga yang ditarik bergantung kepada jenis frekuensi yang dihantar.

Mengikut kajian sains, hanya terdapat 2 jenis frekuensi (gelombang) yang dikeluarkan oleh otak iaitu:

1. Frekuensi Positif
2. Frekuensi Negatif

Sebagai contoh:

a. Apa jua yg kita fikirkan, yang membuat kita merasa senang hati, selesa dan gembira, maka ini bermaksud otak kita sedang menghantarkan frekuensi positif.

b. Apa jua yang kita fikirkan yg membuat kita merasa risau, sedih, marah, bengang, takut, khuatir atau was2, maka bermakna otak kita sedang menghantar frekuensi negatif.

Apa berlaku seterusnya ialah, frekuensi ini, yang mempunyai signal magnetik yang kuat, akan mencari tenaga-tenaga yang tersedia di alam semesta yg mempunyai frekuensi yang sama, iaitu samada tenaga positif atau tenaga negatif, kemudian tenaga ini akan ditarik semula dan dipantulkan kepada orang yang berfikir tadi.

Al Quran telah menyebut tentang kewujudan tenaga-tenaga yang disediakan Allah untuk ditarik oleh kita. Diantara ayat yang boleh kita jadikan rujukan ialah:

Dan dilangit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu
(Adz Dzariyaat: 22)

Maka, apa yang akan terhasilnya ialah, lebih banyak tenaga positif di sekitar kita, maka realiti hidup kita akan menjadi positif, begitulah disebaliknya. Sebagai contoh:

1. Lebih banyak kita merungut dan komplen (negatif) maka akan lebih banyak perkara lain untuk kita rungutkan datang pada kita.

2. Lebih banyak kita bersyukur, memberi dan menghargai, (positif) lebih banyak kita menerima rezeki, penghargaan dan nikmat.

Sekarang kita telah memahami konsep hukum tarikan itu sendiri dan bagaimana tenaga itu akan di manifestasikan kepada kita dan tenaga apa yang akan di pantulkan kepada kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita juga kadang-kadang tidak sedar yang fikiran kita telah mengeluarkan frekuensi negatif atau pun positif.

Demikianlah hukum tarikan berkerja seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:

Allah berfirman dalam hadis Qudsi:
Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a
(rowahu Thobarani wal hakam)
Artinya:
Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia
berprasangka dengan apa yang ia inginkan
( penulis: bukan yang ia risaukan atau khuatirkan -Thobarani wal hakam).



Maka jika kita berprasangka baik atau positif, Allah akan mengikuti sangkaanbaik kita, sama juga jika kita berfikiran positif, maka yang positif jua datang kepada kita, ini kerana yang positif itu adalah sangkaan positif Allah pada kita. Hukum Tarikan ini adalah mencerminkan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang lagi Maha Memakbulkan permintaan dan doa hambaNYa. Allah telah menciptakan otak manusia sebagai tools mengeluarkan frekuensi bersignal magnetik yang memancarkan frekuensi itu kepada alam semesta.

Dalam membicarakan soal keinginan kita, adalah penting untuk kita memahami apakah yang benar benar kita inginkan. Kita perlu memahami, seperti yang telah kita bincangkan dalam bab hukum tarikan, bahawa tenaga dari alam semesta akan tertarik oleh kita, sama ada kita sedari atau tidak, melalui cetusan fikiran dari minda yang mendominasi pemikiran kita, iaitu segala apa yang kita berikan tumpuan, tenaga dan juga perhatian yang mendalam, tidak kira negatif atau positif.

Permasalahan yang akan menyukarkan kita dalam mengaplikasikan konsep husnuzon (bersangka baik) adalah:

Kita suka memikirkan perkara yang kita tidak mahu
Kita selalu memperkatakan tentang perkara-perkara yang kita benci berulangkali
Kita terlalu memberi tumpuan, tenaga dan fokus kepada permasalahan hidup yang ingin dihindari
Kita berulangkali merungut tentang sesuatu yang tidak disenangi

Apabila kita memberi fokus, tumpuan dan tenaga kepada hal-hal yang kita tidak suka, tenaga-tenaga dalam bentuk hal-hal yang ingin kita hindari akan lebih banyak ditarik kepada diri kita dan mengakibatkan hal-hal yang tidak kita inginkan ini masih berlaku berulangkali, melanda kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah memberikan fokus, tumpuan dan perhatian yang maksima, kepada perkara-perkara yang kita inginkan, berlaku dalam hidup kita, seperti:

1.Banyakkan berbincang atau memperkatakan perkara yang kita sukai dan sayangi.
2.Berikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan cara mengatasinya.
3.Memahami dan mempercayai bahawa setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
4.Berhenti daripada mengeluh tentang nasib buruk dan apa jua yang selalu kita rungutkan.
5.Sentiasa berterima kasih, menghargai dan bersyukur.

Kenal pasti masalah anda. Anda juga boleh membuat senarai sendiri, mengikut kesesuaian situasi atau keperluan diri anda. Setelah kita mengenalpasti segala apa yang ingin kita hindari dari hidup kita, maka kita dapat pula mengenalpasti akan apakah sebenarnya yang kita inginkan berlaku atau miliki dalam hidup kita seperti yang dinyatakn dalam contoh di atas.

Langkah seterusnya selepas anda mengenalpasti keinginan anda, ialah cuba berhenti dari sering memperkatakan dan merungut tentang hal-hal yang anda tidak sukai tadi.Berikan fokus dan tumpuan anda kepada hanya perkara-perkara yang anda inginkan kerana kita telah memahami bahawa dalam bab hukum tarikan, anda akan menarik tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang dicetuskan oleh minda anda. Cuba jadikan perkara-perkara yang anda sukai dan inginkan, sebagai cetusan minda yang dominan dalam diri anda.

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab. Tak rasa malu ke bila kita share artikel seseorang tanpa menyertakan sumbernya, seolah-olah kita sendiri yg menulis, kemudian dibaca oleh penulisnya dan dari situ penulis boleh tahu sikap hati kamu, tak kiralah kamu ustaz ke, profesor ke,siapa ke, sikap sebegini sudah cukup untuk menunjukkan penyakit buruk dlm hati kamu.

Artikel asal susunan : arjunasetia

8 ulasan:

  1. masyaAllah

    betul tu..jika sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia..maka hidup kita akan
    sentiasa baik.. thumbs up

    BalasPadam
  2. assalamualaikum

    ya hukum law of attraction byk logiknya....
    sy sendri dh ikut mtvasi hukum loa....
    dan ia adlah mtvsi yg pling brksan untk dri sy drpd mtvsi yg prnah sy ikuti.....

    dan ia akn membuatkan ayat ni kluar.....
    "betul jgak kn""x terpikir pun sblum ni"

    thumbs up

    BalasPadam
  3. Kata guru saya, hukum tarikan ni bukanlah sekadar seminar motivasi, tetapi sesuatu yg perlu diaplikasi dalam kehidupan seharian, utk dapatkan kemakmuran, kebahagiaan, kekayaan, dan kejayaan.. Dalam seminar kami, LOA ini diajar, sekali dgn affirmation, cara2 dan praktikal meditasi asas, EFT, melihat aura, kenali chakra, dan pengubatan jarak jauh @ distant healing, kesemuanya praktikal kami buat pada hari seminar 1 hari. Alhamdulillah.. Ramai peserta yg datang, sudah mula mendapat apa yg mereka mahu.. Sekadar berkongsi. :-) wsalam..

    BalasPadam
  4. GAHOOA METHOD: LOA,

    Terimakasih atas info dan perkongsian :)

    BalasPadam
  5. Hhmm.. saya dah faham sikit tentang LOA ni. baru kali pertama dengar. Tq tuan punya blog ni sudi berkongsi info. Saya nk teruskn pembacaan utk next post.. (^ ^)

    BalasPadam
  6. @aqeela lala:

    Terimakasih atas kesudian menjengah blog ini, silakan membaca, Selamat menjalani ibadah puasa.

    BalasPadam
  7. Artikel yang bermanfaat. Izinkan saya menyebarluaskan ilmu yang baik dan bermanfaat ini ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan, jika ianya bermanfaaat. Terimakasih

      Padam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]