Sabtu, 17 April 2010

Step 4: KOMITMEN

Kita telah mengenal pasti keinginan dan hajat kita, maka dengan itu, kita telah membuat permohonan melalui berdoa kepada Allah supaya keinginan kita itu dapat kita peroleh dengan cara mengaplikasikan kaedah husnuzzon dan membuang segala keraguan. Kita kini amat yakin bahawa doa kita telah dimakbulkan oleh Allah kerana Allah sendiri telah memberikan jaminan bahawa semua doa dan permintaan pasti dimakbulkan melalui ayat-ayat yang telah kita pelajari tadi.

Disinilah letaknya tugas kita pula untuk memperolehi keinginan kita tadi. Langkah ini dinamakan komitmen atau usaha.

Sebagai contoh, keinginan kita adalah untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, maka setelah berdoa dan bertawakkal, komitmen yang perlu kita lakukan ialah dengan mentelaah pelajaran. Tunjukkan komitmen kita kepada Allah. Buat jadual dan kaedah belajar dengan sistematik dan teratur. Lakukan usaha dengan jujur dan ikhlas, tetapi dengan kehadiran satu semangat dan keyakinan tanpa sebarang keraguan bahawa kita memang pasti akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan, kerana, kita telah berdoa supaya diberikan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dan Allah telah memberi jaminan bahawa setiap doa pasti dimakbulkan asalkan kita tidak meletakkan perasaan ragu-ragu terhadap jaminan Allah tadi. Dalam ertikata lain, kita mesti berusaha dan memberikan komitmen dengan perasaan optimis, positif , dan tenang kerana kita sedia maklum bahawa kejayaan telah menunggu kita dihadapan dan kita sepatutnya dapat merasakan kegembiraan dalam melakukan komitmen kita, berdasarkan dari jaminan yang telah Allah S.W.T berikan.

Dan, sekira kita tidak tahu untuk memulakan usaha atau pun komitmen, yakinilah bahawa Allah pasti akan memberikan dan menunjukkan kepada kita jalan-jalan yang dapat kita jadikan landasan dan cara untuk memulakan usaha dan komitmen.

Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Raad' : 11)

PENTING: (PROSES KESELARIAN PERASAAN DENGAN PERMINTAAN - ALLIGNING)

Disini kita boleh menggunakan perasaan kita untuk mengetahui samada kita kita telah benar-benar berjaya mengaplikasikan kaedah berhusnuzzon atau tidak. Sebagai contoh, setelah kita memenuhi 3 langkah awal tadi, tetapi ketika melaksanakan langkah keempat, iaitu komitmen, kita tidak dapat merasakan perasaan gembira dengan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan yang bakal kita terima. Maka sekiranya perkara ini berlaku, ini jelas membuktikan bahawa kita masih mempunyai keraguan dan sangsi kepada janji dan jaminan Allah. Maka secara tidak langsung, kita telah bersangka buruk dan kita masih lagi mengeluarkan frekuensi negatif yang akan menarik tenaga negatif berbentuk keraguan atau kegagalan dalam peperiksaan.



Untuk mengawal atau mengelakkan diri kita dari terus terperangkap dalam keraguan, terdapat beberapa perkara yang boleh kita jadikan sebagai alatbantu.

1. Berikan keyakinan pada diri sendiri setiap hari selama 30 minit. Sebaiknya, sebelum tidur, fokuskan pada diri anda dengan menggunakan pernyataan/pengesahan positif seperti:

" Aku telah berdoa pada Allah, Aku beriman dan meyakini jaminan Allah bahawa doaku telah dimakbulkan, Aku juga telah dan sedang memberikan komitmen semaksima mungkin untuk mencapai keinginanku ini. Maka sekarang ini, aku sedang berada didalam proses menerima / mendapatkan apa yang kuimpikan.”

Ulang pernyataan ini berkali-kali sehingga anda dapat merasai ketenangan dan kegembiraan dihati anda. Jadikan perkara mendapat kejayaan cemerlang yang anda inginkan sebagai fikiran dan perasaan yang mendominasi diri anda. Bukannya perasaan ragu-ragu atau bimbang akan kegagalan. jangan berfikir langsung akan kegagalan. Perlu diingat, setiap cetusan fikiran anda akan mengeluarkan frekuensi yang akan menarik tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang anda keluarkan.

2. Amalkan membaca, memahami dan menghayati Surah Annas, yang mana surah ini adalah suatu doa yang diajarkan oleh Allah sendiri kepada hambaNya untuk menjauhi dan menghindari gangguan negatif berbentuk ragu-ragu dan was-was.

"Katakanlah: aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai manusia). Raja kepada manusia. (yang menjadi)Sembahan manusia. dari kejahatan (berbentuk bisikan) yang tersembunyi. yang membisikkan (kejahatan, keraguan, was-was dan bolak-balik) ke dalam hati manusia. dari (golongan) jin dan manusia (bermaksud gangguan was-was dan keraguan ini juga boleh didapati dari golongan jin dan juga manusia - orang-orang disekelliling kita juga selalu mempengaruhi kita dengan pendapat-pendapat yang membuatkan kita menjadi ragu-ragu dan terpengaruh dengan kejahatan). (Surah An-Naas:1-6)

3. Berikan fokus, tumpuan dan tenaga anda kepada keinginan anda, baca rencana tentang orang-orang yang mencapai kejayaan yang sama dengan impian anda, cari maklumat tentang perasaan gembira individu-individu yang telah berjaya.

4. Sentiasa ingatkan dan beritahu diri anda dengan fakta yang benar yang dipersetujui oleh hati anda seperti:

- Didalam dunia ini, ada ramai pelajar miskin yang tidak mempunyai sumber kemudahan untuk belajar, telah berjaya dengan cemerlang.
- Terdapat beratus-ratus pelajar OKU yang tidak mepunyai kemampuan melihat atau mendengar, telah berjaya memperolehi Master dalam bidang mereka
- Jumlah peratusan pelajar yang lulus dengan cemerlang semakin meningkat setiap tahun. Aku juga seorang pelajar, aku mempunyai cukup kemudahan untuk belajar, maka aku juga layak mendapat kejayaan seperti mereka

- Tiada yang mustahil bagi Allah untuk melakukan apa sahaja kepada hambanya, dan Allah hanya memberikan yang terbaik kepada hambaNya
Dan berbagai-bagai pernyataan dan fakta positif yang boleh anda dapati bagi memastikan anda sentiasa konsisten dalam mengaplikasikan kaedah husnuldzon.

Semua ini akan membuatkan diri anda bersetuju untuk membenarkan diri anda berasa LAYAK untuk memiliki impian anda tadi.


5.Proses inilah yang dinamakan : Membenarkan diri anda memiliki permintaan anda
sendiri. (Allowing)




Contoh senario penggunaan kaedah Husnuldzon dizaman Rasulullah S.A.W:

Menurut riwayat dari At-Tabrani dalam kitab al-Du'a,: daripada Abdullah Bin Ahmad Bin Hanbal bahawa telah datang mengadu sahabat kepada Abu Darda' r.a bahawa kebakaran sedang berlaku di kawasan rumahnya, Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi hingga datang orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya. Kemudian, datang lagi seorang yang keempat memberitahu bahawa api itu terpadam sendiri apabila tiba ke rumah Abu Darda'. Abu Darda' kemudiannya menjelaskan bahawa dia mendengar Nabi S.A..W bersabda: " Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya"

Doa yang dimaksudkan ialah: Sesungguhnya Tuhanku, tiada Tuhan yang sebenarnya yang berhak disembah melainkanNya, ke atasNya aku bertawakkal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy yang Agung. Apa sahaja yang dikehendakkiNya tentu akan berlaku. Dan apa jua yang tidak dikehendakkiNya tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Aku bersaksi bahawa Allah Maha Berkuasa atas segala seuatu dan pengetahuanNya meliputi segala sesuatu. Aku memohon perlindungan kepadaNya yang maha BNerkuasa menahan langit daripada jatuh kebumi melainkan dengan izinNya, aku memohon perlindunganNya daripada kejahatan makhluk yang bergerak dimukabumi yang berada dibawah kuasaNya. Sesungguhnya Tuhanku tetap diatas jalan yang lurus" (Riwayat al-Baihaqi dalam Dalail al Nubuwah no. 3046, al Matalib al Alliyah no. 3490, Ithaf al Khiarat no. 6087, Bughyat al Bahish no. 1052)

Kesimpulan dari Persepsi Kaedah Husnuldzon : Abu Darda' r.a telah mengamalkan membaca doa ini, dan beliau benar-benar berhusnuldzzon, meletakkan keyakinan 100 peratus bahawa doanya yang diamalkan ini pasti dimakbulkan oleh Allah atas jaminan yang Allah berikan bahawa Allah memakbulkan semua doa. Abu Darda' telah berjaya membuang apa jua keraguan negatif terhadap amalan doanya ini, sehinggakan setelah 3 orang sahabat datang memberitahu beliau bahawa kawasan rumahnya dalam bahaya kerana berlaku kebakaran, tetapi beliau tetap tenang malah tidak terpengaruh sedikit pun dengan berita tersebut kerana beliau benar-benar berjaya mengaplikasikan kaedah Husnuzzon dalam jiwanya, malah beliau tetap tenang, dan menafikan bahawa rumahnya terdedah pada bahaya walaupun sedang berlaku kebakaran dikawasan perumahan beliau. Hasil dari kekuatan Husnuzzonnya, maka doa beliau makbul dan terbukti api yang marak itu padam dengan sendirinya apabila sampai kekawasan rumahnya.

Artikel susulan selepas ini : 'Bersedia dalam Menerima / Receiving steps'
wallahuaklam

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Artikel asal susunan: taalidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]