Ahad, 18 April 2010

Info Tentang The Secret



The Secret, merupakan sebuah filem dokumentari karya Rhonda Byrne, pada tahun 2006. Filem ini merupakan pendedahan tentang Law Of Attraction (LOA) atau Hukum Tarikan sebagai salah satu dari Hukum Alam sepertimana Hukum Graviti dari sudut Sains Fizik Kuantum. Pengetahuan hukum ini telah lama diketahui oleh sebilangan manusia-manusia cemerlang. Semua yang pernah mereka capai atau semua telah dilakukan sesuai sepenuhnya dengan hukum ini. Tanpa terkecuali, setiap manusia memiliki kemampuan untuk mengubah kelemahan atau penderitaan diri mereka kepada kekuatan, semangat, kasih sayang, kesihatan, dan kejayaan hidup, dengan .

Penemuan Rhonda Byrne bermula dengan melihat kebenaran melalui sebuah buku berusia 100 tahun. Dia telah mengkaji sejarah dan fakta-fakta dari zaman terawal peradaban dunia dan mendapati terdapat kebenaran dan keserasian antara hukum fizik ini dengan falsafah dan pengajaran dari kebanyakan ideologi dan agama-agama di dunia.

Apa yang ditemui sekarang Rhonda dimuatkan dalam The Secret, sebuah filem yang telah ditonton oleh jutaan penonton di seluruh dunia. The Secret juga telah dilancarkan dalam bentuk buku dan dicetak lebih dari 16 juta salinan didalam lebih 40 bahasa.

The Secret mendedahkan hukum alam yang memberi inspirasi kepada sesiapa pun bahawa semua orang memiliki kemampuan untuk keluar dari kepompong kesusahan dan penderitaan masing-masing. Dengan menerapkan pengetahuan hukum ini, anda boleh berikhtiar menukar setiap aspek kehidupan anda.

Inilah rahsia untuk kesejahteraan, kesihatan, hubungan dan kebahagiaan. Inilah rahasia hidup. Oleh kerana mereka adalah non muslim, mereka tidak mengenal Allah, tetapi dari kajian mereka ini, tidak dapat tidak, akhirnya mereka akur dengan konsep wujudnya Satu Tuhan sebagai tempat bermohon.

Dari perspektif Islam, kebanyakan konsep dalam Hukum ini sebenarnya telah diajarkan di dalam Islam.Hukum ini sebenarnya adalah salah satu daripada cabang ajaran Islam yang telah disampaikan oleh baginda Rasulullah S.A.W, 1500 tahun lalu iaitu Husnuzzon (Bersangkabaik),Berdoa, Tawakkal, Sedekah dan juga Bersyukur. Cuma selama ini kita tidak membuat kajian dan melihat konsep ini dari sudut sains. Maka dengan pendedahan The Secret ini, ianya lebih mengesahkan pada dunia bahawa hanya Islam adalah agama yang benar dan bahawa tiada tuhan lain selain Allah.

Bagi sesiapa yang belum ada kesempatan untuk menonton DVD The Secret, bolehlah menonton tayangan 20 minit pertama disini:

This is the first 20 minutes of the global film phenomenon "The Secret". It is authorized by The Secret LLC for personal use only. Please enjoy this gift!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]