Sabtu, 17 April 2010

Step 3: BERTAWAKKAL

Setelah kita selesai mendoakan sesuatu hajat, maka kita perlu menghayati dan menyakini seratus peratus bahawa doa kita tadi telah pun diterima oleh Allah dan Allah telah pun memakbulkan permintaan kita tadi, kerana Allah telah memberikan jaminan melalui firmanNya:

Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina (Surah Ghafir:60)
Allah juga telah berfirman " Allah telah menciptakan langit dan bumi, menurunkan air hujan dari langit, dengannya dikeluarkan buah-buahan yang boleh menjadi rezeki bagi kamu. Ia memudahkan bagi kamu kapal untuk belayar dilautan dengan perintahNya dan memudahkan kamu menggunakan sungai dan memudahkan untuk kamu matahari dan bulan yang terus beredar atau di sungai-sungai. Semuanya itu dengan perintahNya. Allah memudahkan bagi kamu dengan putaran malam dan siang. Dia memberikan kamu setiap perkara yang kamu pohon. Kiranya kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah tidaklah terkira, tetapi manusia itu zalim dan ingkar tidak berterima kasih. Ibrahim, Ayat 31-34

Hadis riwayat Tarmidzi: Nabi S.A.W bersabda: Berdoalah sekalian kamu kepada Allah padahal kamu yakin diperkenankan dan ketahuilah bahawasanya Allah Taala tidak memperkenankan doa dari hati orang yang lalai lagi lupa.
Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezkinya, dan dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. semuanya tertulis dalam Kitab yang nyata (Lauh mahfuzh) ( Hud ::6).


6.Sebagai orang Islam yang wajib mempercayai rukun iman, kita perlu menyedari bahawa rukun iman yang ke 3 ialah percaya kepada kitab Allah. Maka dengan ini, tidak boleh tidak, tanpa apa pengecualian pun, kita wajib percaya dengan jaminan yang telah Allah berikan melalui ayat yang disebutkan diatas tadi, iaitu doa kita telah pun dimakbulkan oleh Allah dan anda kini dalam proses untuk menerima hasil permintaan anda tadi.

7.Disinilah cabarannya kepada kita samada kita berupaya atau tidak untuk berhusnuldzon (bersangkabaik) kepada Allah.

8.Sekiranya kita berjaya menghindari hati kita dari sebarang keraguan terhadap makbul atau tidaknya doa kita tadi, maka kita telah berjaya mengaplikasikan/ menerapkan perasan husnuzzon didalam diri kita terhadap doa yang telah kita pohon tadi.

9.Buangkan segala keraguan yang cuba mempengaruhi kita untuk berasa ragu-ragu atau was-was samada doa kita tadi diterima atau tidak dengan menghayati dan mengimani betul-betul jaminan yang telah Allah berikan melalui ayat tersebut. Perlu ditekankan disini bahawa keraguan adalah salah satu perasaan yang mengeluarkan frekuensi negatif, maka kerana itulah kita perlu mengikis perasaan ini dari hati kita, supaya diri kita hanya mengeluarkan frekuensi positif sahaja dalam doa kita tadi.

10.Salah satu dari cara untuk membuang keraguan atau pemikiran negatif terhadap doa kita kepada Allah ialah dengan memahami Firman Allah dalam Hadis Qudsi:

Barangsiapa yang bersangkaburuk kepadaKu (ragu-ragu, was-was, berfikir negatif terhadap Sifat Allah Yang Maha Suka Memberi), nescaya Aku akan mengikuti sangkaan- sangkaan buruk hambaKu itu.
(HQ: Tahbrani dan Hakam)

Maka dengan firman Allah ini, apakah kita mahu supaya perasaan ragu-ragu samada doa kita tadi tidak akan dimakbulkan benar-benar berlaku? tentulah tidak. Maka, buangkanlah apa jua sangkaan buruk/pemikiran negatif yang cuba mempengaruhi kita setiap kali kita selesai berdoa.

"Perlu diingatkan sekali lagi, kerisauan dan kebimbangan hanya akan menarik lebih banyak lagi tenaga-tenaga dalam bentuk kerisauan tersebut kepada realiti kehidupan kita.

11.Apabila tiada keraguan, maka kita telah berjaya mencapai tahap husnuldzon dengan Allah dan kita akan mendapati hati kita akan menjadi tenang dan aman kerana kita telah benar-benar yakin bahawa permohonan kita tadi telah pun dimakbulkan

12.Inilah dia apa yang selama ini kita selalu dengar tetapi kita mungkin tidak memahaminya iaitu : TAWAKKAL

13.Inilah antara rahsianya mengapa seringkali doa kita tidak makbul dan kita akhirnya akan berasa putus asa dengan rahmat Allah dan kita akan merasa makin jauh dari Allah dan tidak dapat merasai bahawa doa itu sebenarnya adalah senjata mukmin yang sangat ampuh. Malah ada antara kita yang sanggup berkata: Ah, kalau aku berdoa pun, bukannya Tuhan nak bagi. Siapalah aku ini.

14.Sebenarnya selama ini, kita tidak mempelajari, mengkaji dan mengaplikasikan kaedah Husnuldzon dalam munajat dan doa kita kepada Allah.

Sekali lagi saya ingin mengingatkan bahawa " Yang baik itu dari Allah, yang jelek dan khilaf itu dari kelemahan dan kesilapan manusia sendiri. Allah itu Maha Penyayang, Maha Suka Memberi, dan hanya memberikan yang terbaik untuk hamba-hambanya, cuma kita yang tidak mahu memahami atau membuka minda kita lebih luas untuk menghayati Kasih, Kemudahan dan Jaminan yang telah Allah sediakan kepada kita selama ini.

Untuk memastikan lagi diri kita sentiasa berhusnuldzon dalam keadaan yang konsisten (istiqamah dalam berhusnuldzon), Allah telah memberikan satu lagi jaminan kepada kita setelah kita memenuhi langkah kedua ini iaitu bertawakkal melalui fiman Allah dalam surah (At-Thalaaq: 2-3):

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakkiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Ayat ini juga dikenali oleh masyarakat kita dengan nama ayat seribu dinar dan selalu kita lihat digantung sebagi perhiasan samada dipremis perniagaan atau pun dirumah. Tetapi, apa yang penting disini ialah memahami, menghayati dan mengimani jaminan yang telah Allah berikan melalui firmannya dalam ayat ini.

Kerana itu juga, kita disarankan membaca ayat ini sebanyak 3 kali setiap kali selesai solat atau berdoa, tetapi bukan sekadar membaca tanpa memahami bahawa maksud firman Allah ini adalah merupakan satu jaminan dan menyeru kita supaya sentiasa berhusnuzzon dengan konsisten. Maka dengan mengamalkan ayat ini, kita akan sentiasa mengeluarkan frekuensi positif/husnuldzon yang mana inilah perkara yang amat penting kepada kita sekiranya kita ingin setiap doa kita dimakbulkan.

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

1 ulasan:

  1. Salam.,

    ALHAMDULILLAH, bersemangat rasanya baca artikel antum..
    ana minta copy ye untuk salah satu forum di ILI sebagai panduan rakan-rakan...
    mohon maaf..

    semoga dirahmati atas penyampaian
    ilmu yang berguna ini.

    syukran..

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]