Ahad, 18 April 2010

Waktu Untuk Upgrade (Mengubah Persepsi)

Didalam hidup kita, fikiran yang kita miliki atau perasaan yang kita rasakan, anda mempengaruhi kehidupan kita. Ketepikan samada cara berfikiran kita itu adalah secara positif atau negatif, ada satu perkara lain yang mengatasi sesuatu dalam hidup anda. Ia adalah

KEPERCAYAAN atau TANGGAPAN atau PERSEPSI kita!

Saya ingin mengajak anda berbicara tentang keyakinan yang jauh lebih dalam yang sebenarnya mengendalikan setiap keputusan yang kita buat dan tindakan yang kita lakukan. Kita sebenarnya bahkan tidak menyedari sebahagian besar daripada kepercayaan inilah yang mengendalikan realiti hidup kita. Kepercayaan ini adalah sebab dan akibat dari segala sesuatu dalam hidup kita. Ianya mempengaruhi perasaan yang kita miliki, realiti hidup kita dan perhubungan kita dengan orang lain

Samada dengan cara yang positif atau negatif, KEPERCAYAAN kitalah yang menjadi penentu tentang "MENGAPA dan BAGAIMANA" terhadap segala hal baik dan buruk dalam hidup kita. Jika kita tidak menjalani kehidupan seperti yang diimpikan , ini adalah kerana beberapa tahap KEPERCAYAAN kita sudah ketinggalan zaman dan memerlukan perubahan atau di'upgrade'.

Walaupun anda sudah berfikiran positif, melakukan afirmasi, visualisasi. mengamalkan hukum tarikan, atau apa jua pun , akan tetapi segala ini tidak akan dapat berkesan sepenuhnya selagi KEPERCAYAAN kita tidak diperbaharui.

KEPERCAYAAN yang dimaksudkan ialah cara kita memandang atau Tanggapan kita dalam segala hal yang kita hadapi dalam hidup yang merupakan satu dominasi yang mempengaruhi cara kita berfikir.

Mari saya buktikan kepada anda ...

Apa yang anda yakini dengan ikhlas tentang cinta yang wujud didunia ini (ketepikan pengalaman cinta anda)?

- Adakah anda percaya bahawa hanya ada satu jodoh di luar sana untuk anda?

- Adakah anda percaya bahawa cinta itu mudah atau sulit?

- Adakah anda yakin bahawa anda mudah mendapatkan cinta?

- Adakah anda percaya bahawa cinta membawa kebahagiaan

- Adakah cinta itu membawa penderitaan?

- Apa yang anda pelajari tentang cinta dalam waktu anda membesar dan dari
ruang persekitaran tumbesaran anda?

- Apakah yang benar-benar anda percayai? Apakah keyakinan anda tentang cinta?

Luangkan masa anda untuk benar-benar menjawab soalan ini dengan jujur.

Sekarang, lihatlah kehidupan cinta anda.

Saya amat yakin bahawa kehidupan cinta anda adalah gambaran secara langsung tentang apa yang anda percaya atau tanggapkan tentang cinta.

Jika anda percaya bahawa cinta memerlukan banyak pengorbanan dan air mata, memerlukan banyak tolak ansur yang berat sebelah, dan tidak akan kekal selamanya. Maka realiti cinta yang anda hadapi juga sering seperti apa yang anda tanggapkan tentang cinta. Mungkin anda selalu putus cinta, dipermainkan, selalu kesepian dan keseorangan dan sebagainya, kerana itulah tanggapan kita tentang cinta yang ada didunia ini.

Jika anda tanggapan anda pada cinta adalah sesuatu yang indah,menyenangkan, dan membahagiakan. Kemungkinan anda sedang berada dalam suatu hubungan yang mencerminkan hal itu, dimana realiti cinta yang anda lalui adalah indah, bahagia dan memberikan semangat dalam hidup anda.

KEPERCAYAAN/TANGGAPAN/PERSEPSI kita adalah gambaran atau refleks langsung terhadap realiti kehidupan kita.

Dan cinta hanya satu aspek dalam kehidupan anda, bagaimanakah pula dengan KEPERCAYAAN/TANGGAPAN/PERSEPSI anda tentang aspek-aspek yang lain dalam hidup anda?

Apakah TANGGAPAN anda tentang kewangan, kerjaya atau kesihatan anda,
Apakah TANGGAPAN anda tentang harga diri dan kualiti diri anda, paras rupa dan bentuk tubuh anda?,
Apakah TANGGAPAN anda tentang masadepan anda samada anda adalah orang yang berjaya dan layak mendapatnya atau anda selalu memikirkan tidak semua yang anda mahukan akan anda perolehi?
atau apakah anda percaya pada kata-kata pujangga yang ketinggalan zaman seperti tiada kejayaan tanpa pengorbanan?
Atau adakah anda bertanggapan bahawa hidup anda telah ditulis dan diberikan takdir mutlak oleh Allah sehingga anda tidak layak untuk berusaha mengubah kehidupan anda?
Adakah anda saat ini sedang berusaha memperkukuhkan keyakinan anda atau sedang melemahkan diri anda?

Sedangkan Allah telah berfirman:
Aku tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri melakukan perubahan (menunjukkan komitmen) untuk berubah. (Ar-Raad' :11)

Firman Allah dalam Hadis Qudsi:
Anaa ‘inda dzanni abdii bii, faliyadzunn bii ma syaa-a
(rowahu Thobarani wal hakam)
Artinya:
Aku akan bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia
berprasangka dengan apa yang ia inginkan

(bukan yang ia risaukan atau khuatirkan) -Riwayat Thobarani dan Hakam

Firman Allah ini jelas membuktikan bahawa KEPERCAYAAN/TANGGAPAN/PERSEPSI kita adalah salah satu faktor penentu terhadap segala sesuatu dalam hidup kita.

SAAT INI ADALAH WAKTU UNTUK KITA MENGUBAH CARA KEPERCAYAAN / TANGGAPAN/ PERSEPSI YANG ANDA BERIKAN TENTANG KEHIDUPAN SEKIRANYA SELAMA INI KITA TELAH TERSALAH MEMBUAT TANGGAPAN.BERHUSNUZZONLAH.

Wallahuaklambissawab

Artikel asal susunan: taalidi

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..syukur ke hadrat illahi kerana dpertemukan dgn artikel ni..=)
    artikel yg menarik.
    Terima kasih atas perk0ngsian..
    Sm0ga kita dapat menjadi hamba yang sentiasa bersyukur..
    InsyaAllah..

    Senyum selalu!!

    BalasPadam
  2. Az-Zahratul Hilwa19 Ogos 2010 7:17 PG

    jazakallah.
    nice article!
    erti hidup pada memberi.
    erti hidup apabila sentiasa belajar mensyukuri.
    erti hidup apabila sifat qana'ah ditanam dalam diri.
    erti hidup apabila segala qada' qadar Allah diredhai.
    erti hidup apabila sifat berlapang dada dan sifat mahmudah bergaul sebati dalam diri.
    dan erti hidup lebih bererti bila manusia tahu hakikat dan tujuan diciptakan olehNya ke dunia yang fana ini.

    wallahu'alam.
    peringatan yang bermanfaat bagi jasad dan diri yang lemah ini.

    teruskan berkongsi~

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]