Sabtu, 17 April 2010

Kepentingan Bersangka Baik (Husnuzzon)

Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mencari kesalahan-kesalahan orang lain. Sukakah salah seorang diantara mu memakan daging saudaranya yang sudah menjadi bangkai, maka tentulah kamu merasa jijik. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha menerima taubat lagi maha penyayang." (QS. Al-Hujurat: 12)

Firman Allah diatas itu jelas menunjukkan bahawa bersangkabaik itu sangat penting. Jika menginginkan sesuatu yang baik seperti pekerjaan yang baik, pasangan hidup yang baik, realiti kehidupan yang teratur dan di bawah keredhaanNYA, rezeki yang halal dan berbagai lagi, kita hendaklah yakin dengan firman ini dan hendaklah bersangkabaik dengan semua perkara yang kita lalui dalam hidup kita samada kita sedar ataupun tidak sedar. Perlu diingat juga bahawa bersangkabaik itu, didalam istilah moden hari ini, ia lebih dikenali dengan berfikiran positif. Jika minda kita lebih berfikir secara positif, sentiasa husnuldzon, maka kita akan menarik lebih banyak tenaga positif dan perkara-perkara positif berlaku dalam hidup kita. Harus diingat juga bahawa semua ini berlaku dengan izin Allah SWT ,seperti mana DIA menginginkan kita bersangkabaik didalam ayat-ayat diatas.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdul Kadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

5. Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6.Jika bertemu dengan orang bukan islam, maka katakanlah (dalam hatimu) "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Marilah kita sama-sama ber husnuldzon sesama insan. Barangkali orang yang buruk itu lebih baik dari kita pada masa akan datang.

Bagaimanakah caranya untuk kita mengaplikasikan husnuldzon dalam kehidupan kita ataupun bagaimanakah caranya kita ingin menerapkan husnuldzon ini ke dalam minda kita? Walaupun sudah banyak perkara-perkara buruk yang berlaku dalam hidup kita dan kita sentiasa merungut-merungut dan menyalahkan takdir, secara keseluruhannya di dalam diri kita yang lebih dominan sekarang adalah fikiran negatif, masih tidak terlambat untuk kita mengaplikasikan husnuldzon.

Berbicara tentang penggunaan konsep Husnuldzon ini, kita tidak dapat tidak, pasti akan berbincang tentang Hukum Tarikan, kerana ianya berkait rapat dengan Husnuldzon. Pada bab yang seterusnya kita akan berkongsi maklumat tentang apakah itu Hukum Tarikan.

Artikel asal: Puteri Safeera

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]