Isnin, 19 April 2010

Kebetulan atau Manifestasi?


Azman: Eh, semalamkan, aku terpaksa pergi ke 5 tempat berasingan kerana urusan imigresen pembantu rumah aku. Syukurlah, walau pun tempat -tempat itu memang area yang sibuk, aku berjaya perolehi tempat parking di ke lima2 tempat berasingan dengan mudah. Sebelum aku keluar rumah, aku berdoa mohon dipermudahkan, dan kemudian aku beri fokus pada tempat parking yang banyak untuk aku. Siap aku visualkan lagi...

Arshad: Ah...itu semua kebetulan sahaja...cuba kalau kau dah fokus dan kemudian tak dapat pulak macamana?

Azman: Kau kena positif dan husnuldzonlah..jangan ada ragu-ragu atau doubt...

Arshad; iyalah...tapi kalau tak dapat jugak? ini semua kebetulan sahajalah...

Azman : Kalau sampai dah 5 tempat yang sibuk, aku berjaya manifest keinginan aku, takkanlah kebetulan...

Kebetulan atau suatu manifestasi?

Kita semua beriman dan percaya bahawa tidak ada satu pun kejadian dan perkara yang berlaku diseluruh alam semesta ini yang terlepas dari kekuasaan dan pengetahuan Allah S.W.T. Hatta sehelai daun kering gugur kebumi juga ada tercatat di lauh mahfuz

" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata."
Ayat 59 Surah Al-An'aam.

Maka adakah kita mahu bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kebanyakan perkara yang berlaku hanyalah kebetulan , ATAU kita wajib beriman dengan kalimah Allah didalam Al-Quran?

Sabda Rasulullah SAW:
"TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA, dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezki karena dosa yang diperbuatnya."

Fahamkanlah hadis ini baik-baik. Bahwasanya dengan doa yang mustajab Tuhan dapat mengubah apa yang telah ditentukannya buat hambaNya.

Disini kita mendapat kesimpulan betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hambaNya yang semata-mata bertawakal dan menyerah kepada-Nya. Hadis yang seperti ini sudah nyata melarang kita hanya menyerah saja kepada takdir yang kita sendiri belum tahu rahsianya. Kita disuruh selalu mendesakkan doa kita kepada Allah, yakni desakan dengan erti yang baik. Dan doa bukanlah alamat dari kelemahan, melainkan menimbulkan kekuatan. Yaitu mempositifkan atau menunjukkan jiwa semata-mata kepada Allah, bebas daripada pengaruh atau mencari perlindungan kepada sesama mahluk. Maka dengan berdoa kita akan selalu merasa diri dekat kepada Allah.

Maka kesimpulannya disini adalah,

KEBETULAN = TIADA YANG MENGATURNYA

Maka jika kita bersetuju bahawa wujud kebetulan, maka kita juga bersetuju bahawa ada perkara-perkara yang berlaku tanpa ada sesiapa yang mengatur atau mengawalnya. Maka secara tidak langsung, kita telah menafikan ayat 59 surah Al-An'aam yang tersebut diatas.

Bagaimana pula sekiranya setelah berdoa dan memberikan fokus dan visualisasi yang tepat, tetapi masih belum dapat apa yang dihajati?
Apakah kerana Alah tidak mahu memakbulkan doa kita? Mengapa? Apakah kerana kita terlalu banyak dosa maka tidak layak untuk mendapat pertolongan Allah?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

Dari apa yang diterangkan oleh Allah melalui ayat diatas, kita dapat fahami bahawa Allah hanya memberikan yang terbaik untuk para hambanya kerana Dia adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah know what is the best for us. Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia itu sendiri. Maka ada diantara doa dan permintaan yang kita mohon dari Allah itu sebenarnya tidak sesuai dan tidak elok untuk kita, maka dengan itu, Allah tidak memakbulkannya, sebaliknya maka Allah akan menggantikan dengan perkara lain yang lebih baik.

Tentang persoalan banyak dosa sehingga tidak layak mendapat pertolongan Allah, perlulah kita fahami dengan betul, bahawa persoalan dosa itu adalah satu perkara lain, persoalan doa adalah satu perkara lain.

Allah itu bukan seperti kita manusia yang mempunyai sifat dendam dan hasad yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi Allah telah meletakkan sistemNya sendiri dimana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada dikerongkong disaat sakaratul maut. Oleh itu walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitle untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah makbulkan, samada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budibicara Allah S.W.T. Apapun, Allah hanya memberikan yang terbaik pada hamba-hambanya.

Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa dosamu itu suatu bebanan (untuk memakbulkan doamu). Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Artikel asal susunan: arjunasetia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]