Sabtu, 17 April 2010

Step 1: Kenalpasti Keinginan Anda



(What Do You Really Want)


Dalam membicarakan soal keinginan kita, adalah penting untuk kita memahami apakah yang benar benar kita inginkan. Kita perlu memahami, seperti yang telah kita bincangkan dalam bab Hukum Tarikan, bahawa tenaga dari alam semesta akan tertarik oleh kita, samada kita sedari atau tidak, melalui cetusan fikiran dari minda yang mendominasi pemikiran kita iaitu segala apa yang kita berikan tumpuan, tenaga dan juga perhatian yang mendalam samada negatif atau positif.

Permasalahan yang akan menyukarkan kita dalam mengaplikasikan konsep husnuldzon adalah :

a. Kita suka memikirkan perkara yang kita tidak mahu
b. Kita selalu memperkatakan perkara perkara yang kita benci berulang kali
c. Kita terlalu memberi tumpuan, tenaga dan fokus kepada permasalah hidup yang
ingin kita hindari.
d. Kita berulangkali merungut tentang sesuatu yang tidak disenangi

Akibatnya, kita telah memberikan fokus, tumpuan dan tenaga kepada hal-hal yang kita tidak suka, maka dengan ini, tenaga tenaga dalam bentuk hal-hal yang ingin kita hindari akan lebih banyak ditarik kepada diri kita dan mengakibatkan hal-hal yang tidak kita inginkan ini masih berlaku berulangkali melanda kehidupan kita. Oleh itu, kita mestilah memberikan fokus, tumpuan dan perhatian yang maksima kepada Perkara yang kita inginkan berlaku dalam hidup kita

a. Banyakkan berbincang atau memperkatakan perkara yang kita sukai, sayangi
b. Berikan tumpuan kepada penyelesaian masaalah dan cara mengatasinya
c. Memahami dan mempercayai bahawa setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.
d. Berhenti dari mengeluh tentang nasib buruk, dan apa jua yang selalu kita rungutkan
e. Sentiasa berterimakasih, menghargai dan bersyukur

Untuk mengenal pasti keinginan anda, cuba ikuti langkah langkah berikut:




Anda juga boleh membuat sendiri senarai seperti di atas, mengikut kesesuaian dengan situasi keperluan diri anda. Setelah kita mengenal pasti segala apa yang ingin kita hindari dari hidup kita, maka kita dapat pula mengenalpasti akan apakah sebenarnya yang kita inginkan berlaku atau miliki dalam hidup kita, seperti contoh diatas.

Langkah seterusnya selepas anda mengenal pasti keinginan anda, cuba berhenti dari sering memperkatakan dan merungut tentang hal2 yang anda tidak sukai tadi.

Berikan fokus dan tumpuan anda kepada hanya perkara-perkara yang anda inginkan kerana kita telah memahami dalam bab Hukum Tarikan, anda akan menarik tenaga yang sama frekuensi dengan apa yang dicetuskan oleh minda anda. Cuba jadikan perkara perkara yang anda sukai/inginkan sebagai cetusan minda yang dominan dalam diri anda.

notes: some people just didn't realise or do not know
what is the best to wish for themselves


Jika nak copy paste atau nak link ke, mintak izin dari blogger dulu atau letakkan link asal artikel yg dikongsikan. Hidup biar ada adab.

Artikel asal susunan : taalidi

2 ulasan:

  1. terima kasih kerana berkongsi step-step ini, baru berpeluang untuk baca...Terima kasih sekali lagi...

    BalasPadam
  2. terimakasih kerana sudi meluangkan masa menjengok laman ini, semuga dengan izin Allah, ia memberi manfaat kepada antacu81. Salam Ramadhan

    BalasPadam

Tinggalan pesanan anda

Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]