Khamis, 29 April 2010

Album Visualisasi Rakanku

Aku ada seorang rakan telah mempelajari Hukum Tarikan dan beliau benar-benar tertarik dengan idea-idea dan penerangan yang dipelajarinya. Dia melakukan sendiri latihan-latihan asas untuk membentuk dirinya supaya menjadi seorang yang berfikiran positif, bertindak dengan positif dan lain-lain.

Pada peringkat awal pembabitannya dalam mengenali Hukum Tarikan, dia telah mencuba untuk menguji kekuatan daya tarikan mindanya melalui kaedah 'manifesting desire through visualization'.

Apa yang dilakukannya oleh beliau ialah dengan membuat satu album yang memuatkan senarai barangan yang diperlukannya, dan meletakkan gambar dan detail harga, tarikh diperlukan dan lain-lain.







Selanjutnya beliau berdoa supaya diberikan cara bagaimana untuk memiliki apa yang dihajatinya itu, dan juga berdoa semoga apa yang diinginkannya itu menjadi kenyataan.


Setiap malam beliau akan melakukan proses visualisasi iaitu dengan melihat album tersebut dengan satu perasaan yang gembira dan percaya, dan berkata kepada dirinya bahawa kehendaknya itu memang sudah dimakbulkan dan beliau sedang berada didalam proses menerima kehendaknya.

Sebulan telah berlalu dan album visualisasi beliau telah bertambah dengan gambar ini:







Iaitu ditambah dengan foto yang bukan lagi menjadi sekadar visualisasi, tetapi telah pun dimiliki oleh beliau!

Bagaimana dia dapat memilikinya?

DO NOT THINK ABOUT THE HOW
Jangan fikir tentang BAGAIMANA (ketika melakukan visualisasi)

BAGAIMANA / HOW itu akan ditunjukkan kepada anda (dengan izin Allah) satu persatu asalkan anda Husnuzzon pada doa anda dan membuang segala perasaan ragu-ragu, DAN JUGA memberikan fokus secara konsisten, maka cara untuk mendapatkannya, komitmen untuk berikhtiar memilikinya, akan ditunjukkan satu persatu.


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendakkiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (At-Thalaaq: 2-3):

PERINGATAN" Apabila anda bertanya dan berfikir tentang BAGAIMANA ketika melakukan visualisasi, maka seolah-olah anda telah tahu bagaimana untuk memilikinya, maka tak perlulah melakukan kaedah visualisasi. Ia jua menunjukkan tanda-tanda bahawa anda masih lagi ragu-ragu dan belum betul-betul memahami konsep Husnuzzon dan Hukum Tarikan apabila anda mula bertanya HOW disaat anda baru sahaja membuat permintaan dan hanya menunjukkan sikap tidak bersabar dan terburu nafsu.

dari Abu Hurairah R.A, bahawa Nabi S.A.W, baginda bersabda,

“Doa akan dimakbulkan untuk setiap dari kamu selagi kamu tidak tergesa-gesa (minta dimakbulkan) yang mana yang berdoa itu bertanya-tanya, ‘Saya telah berdoa, tapi mengapa masih belum dimakbulkan untukku’.
(HR Bukhari)

Good Luck to My Friend

Kepentingan Menyayangi Diri Sendiri







عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَس بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
[رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak beriman (sempurna iman)seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai milik saudaranya (sesama muslim) seperti dia mencintai miliknya sendiri (dirinya)”.
[Bukhari no. 13, Muslim no. 45]

Diantara beberapa perkara yang dapat dihuraikan didalam hadis diatas ialah, umat islam adalah diseru supaya menyayangi dan menjaga kepentingan sesama saudara seagama, dan kecintaan ini perlulah seumpama seseorang itu menyayangi dan menjaga kepentingan dirinya sendiri.

Apa yang dapat disimpulkan disini adalah, Rasulullah mengisyaratkan kepada kita supaya setiap umatnya 'menyayangi diri sendiri' sebagai perkara utama dan seiring dengan itu, memberikan layanan, kasih sayang dan perhatian yang sama, kepada saudara-saudara sesama muslim. Maka dengan ini, adalah SALAH sekiranya kita menyayangi dan memberikan perhatian serta menjaga kepentingan orang lain, tetapi dimasa yang sama, kita mengabaikan kebajikan diri kita sendiri.

Jika kita mengabaikan kebajikan diri kita, contohnya mengabaikan tentang soal makan dan kesihatan, kerana kita ingin memastikan kebajikan orang lain/saudara kita terpelihara, memang hal ini terpandang mulia dan saya tidak menafikan hal ini. Tetapi anggapkan begini, jika akibat tindakan kita itu menyebabkan kita mengalami mudarat dan jatuh sakit, bukankah kita akhirnya akan menyusahkan orang lain pula?

Oleh itu, untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif, adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri. Kita perlu menghargai kesudian Allah untuk menciptakan kita sebagai salah seorang manusia yang pernah lahir dimukabumi Allah ini. Tanpa kesudian atau kehendakNya, kita tidak akan hadir dibumi ini untuk merasai segala apa yang telah kita rasakan selama ini. Kadangkala kita lupa dan tidak menyedari akan hakikat ini. Dengan menyedari bahawa penciptaan Allah terhadap diri kita adalah satu anugerah, maka dengan itu, wajiblah kita berterimakasih kepada Allah diatas anugerah kehidupan yang diberikanNya ke atas diri kita.

Dengan keizinan dan kemahuanNya, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa, dan pelbagai macam lagi nikmat-nikmat yang tak terkira dan tak terhitung oleh kita. Sepertimana yang diulang oleh Allah sebanyak 31 kali didalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

(Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

Maka salah satu daripada cara kita berterimakasih atau bersyukur kepada Allah ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap segi dari apa yang ada pada diri kita samada dari segi fizikal mahupun rohani. Kita harus berbangga dengan diri kita, bangga yang dimaksudkan disini bukan riak atau takjub dengan diri kita sendiri sehingga memandang rendah pada orang lain. Tetapi kita mesti berbangga dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk diri kita dan dimasa yang sama kita mesti juga menghargai dan menyayangi makhluk ciptaan Allah yang lain.Gantikan perkataan mementingkan diri sendiri (Selfish) kepada Menyayangi Diri Sendiri (Selfcare)

Perlu juga diingatkan bahawa, bagaimanakah kita ingin menyayangi seseorang, sekiranya kita sendiri tidak tahu untuk menyayangi diri kita?

Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.

Hargai setiap saat jangka hayat anda yang masih Allah panjangkan. Islam adalah ugama yang syumul, ianya adalah Cara Hidup. Kita diajarkan membaca doa ketika bangun tidur, bersyukur dan senyum. Ini menunjukkan bahawa Allah telah memerintahkan kita supaya mengambil tindakkan positif sejurus kita bangun untuk memulakan hari yang baru. Maka dengan membaca doa bangun tidur, bersyukur dan senyum, anda sedang menghantar gelombang positif yang akan menarik tenaga positif kepada anda diawal pagi lagi.

Ramai yang tidak menyedari hakikat ini, malah ada yang menyumpah atau merungut apabila dikejutkan supaya bangun untuk bersolat Subuh tanpa menyedari bahawa mereka telah menarik tenaga negatif kepada mereka untuk memulakan hari itu. Dan apabila situasi dan persekitaran realiti kehidupan mereka pada hari itu mengalami kesukaran, umpamanya dengan tiba-tiba tayar kereta pancit, atau tertinggal dompet, datang lewat ke pejabat, dimarahi ketua jabatan, komputer diserang virus, kerja yang dilakukan semalam semua terpadam, dan sebagainya, mereka merungut lagi, menyumpah lagi dan terus-terusan menarik tenaga-tenaga negatif kedalam realiti hidup mereka.


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.

Sabda Rasullullah S.A.W: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."

(Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Oleh itu, janganlah merungut dan menyumpah lagi diawal pagi, ubahlah tabiat-tabiat buruk kita yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Jagalah makanan, pemakaian dan penampilan diri anda, kebersihan diri dan jiwa.

Sediakan tempat tidur yang bersih dan selesa sepertimana yang selalu anda sediakan kepada tetamu yang bermalam dirumah anda. Jangan anda biarkan diri anda tidur dengan selimut yang berbau hapak, cadar dan sarung bantal yang kopam kerana jarang dibasuh, kerana ini bererti anda tidak menghormati diri anda.

Hasilnya, minda kita akan menghantar frekuensi negatif berbentuk 'anda tidak layak dihargai dan dihormati' yang mana akan menarik semula ke dalam realiti hidup kita tenaga-tenaga yang berbentuk begitu. Maka jangan kita mudah melatah jika kita mendapati kita tidak berapa dihargai, tidak mendapat perhatian sepenuhnya atau dilayan dengan pandangan sebelah mata dari orang lain, umpamanya banyak kes-kes rungutan di kaunter-kaunter perkhidmatan awam dan sebagainya. Kadangkala kita hairan mengapa kerani kaunter yang sama melayan pelanggan lain dengan sopan dan baik tetapi mengapa tidak dengan kita? Tanpa disedari sebenarnya, kitalah yang bertanggungjawab menarik realiti hidup seperti itu apabila kita tidak menghargai diri kita sendiri.


Mengapa apabila kita ingin keluar berjumpa dengan seseorang yang kita sukai, hormati atau seseorang yang penting, kita betul-betul menjaga penampilan diri kita? Tetapi, persoalannya disini, adakah penampilan yang anda lakukan itu adalah untuk membuat orang itu selesa, ataupun kerana memang itulah diri anda. Mengapa bila bersendirian, kita tidak mengambil kira soal ini? Ini bermakna, kita tidak menghormati dan menghargai diri kita sendiri.

Rasulullah S.A.W sendiri memakai wangian, tak kira ketika solat, ke mesjid atau berziarah, dan malaikat sukakan wangian. Pelajari sirah Rasulullah dan anda akan mendapati banyak perkara yang dilakukan oleh baginda dalam menjaga penampilan dan kebersihan diri. Baginda memakai minyak rambut, membungkus rambut dengan kain sebelum memakai serban supaya serban tidak terkena minyak, baginda tidak memakan bawang putih dalam waktu-waktu yang dekat untuk solat kerana tidak mahu mulut berbau ketika bersolat menyembah Allah. Banyak lagi akhlak dan adab yang ditunjukkan oleh baginda yang menjurus kepada menghargai diri dan kehidupan sebagai anugerah dari Allah.

Manjakanlah diri anda dengan cara yang anda mampu dan tidak melampaui batas, gosoklah gigi (bersiwak/sugi) setiap hari. Berbicara soal bersiwak ini,

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Andaikata tidak akan menjadikan keberatan bagi ummatku atau atas sekalian manusia, nescayalah mereka itu akan saya perintah untuk bersiwak pada tiap-tiap kali sebelum solat." (Muttafaq'alaih)


Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya amalan bersiwak/memberus gigi dalam Islam. Sehingga tarafnya hampir-hampir dimohon oleh Nabi S.A.W supaya hukumnya menjadi wajib. Bayangkan jika hukumnya menjadi wajib, maka tentulah menjadi dosa apabila seseorang itu tidak menggosok gigi. Tetapi ramai antara kita termasuk saya sendiri, mengambil remeh tentang soal ini. Semoga Allah mengampunkan diri saya.

Diriwayatkan juga, pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, suatu ketika, baginda sedang memimpin pasukan tentera islam berperang dengan musuh islam. Tetapi setelah beberapa hari bertempur, pihak musuh masih ampuh, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Maka Khalifah Umar memeriksa barisan tentera Islam untuk melakukan muhasabah. Baginda mendapati pasukan tentera Islam tetap melakukan aktiviti ketenteraan mengikut adab Islam yang betul, iaitu umpama singa disiang hari, tetapi umpama abid dimalam hari. Tentera islam tidak meninggalkan solat, tetap melakukan amal dan qiam diwaktu malam dan sebagainya. Setelah pemeriksaan dan post mortem dijalankan satu persatu, maka didapati, ramai tentera Islam yang meringankan salah satu sunnah, iaitu bersugi. Maka tanpa berlengah lagi, Khalifah Umar memerintahkan seluruh pasukan tenteranya bersugi beramai-ramai. Dengan izin Allah, setelah itu, pasukan tentera Islam mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Syampukanlah rambut selalu, jaga kesihatan diri anda, bersih kuku anda (lakukan pada hari-hari yang disunatkan memotong kuku, umpamanya pagi isnin, khamis dan jumaat - percayalah, ada hikmah dan penjelasan saintifik dari segi kesihatan disebalik waktu-waktu yang disunatkan ini). Usahakan supaya diri anda tinggal dalam rumah atau bilik yang bersih, tersusun rapi dan selesa. Walaupun anda seorang yang miskin, ini tidak bermakna anda perlu hidup dalam rumah yang berselerak, kotor dan berserabut. Bukankah menjaga kebersihan diri itu satu tuntutan dalam Islam, tak terkecuali sesiapa pun.

Bersihkan minda dan hati anda dengan perkara-perkara yang positif dan menambah keyakinan diri anda. Dapatkan info-info dan bahan-bahan pembacaan yang berkaitan. Ingat! Akal fikiran juga adalah bahagian dari diri anda yang paling terpenting sekali! Jangan biarkan diri anda selalu didalam keadaan bersedih, hiba dan berduka walaupun ketika anda sedang dilanda masalah kehidupan seperti kekecewaan dalam percintaan, karier , pelajaran dan musibah yang lain. Tentang musibah ini telah kita bicarakan dengan lebih lanjut didalam bab Memahami Musibah.

Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda. Anda akan dapat merasainya sendiri. Suasana persekitaran anda akan menjadi lebih damai dan positif. Urusan-urusan seharian anda akan menjadi lebih teratur dan terasa mudah. Anda juga akan merasakan satu suntikan semangat untuk beribadah yang kuat dan tanpa anda sedari, anda akan merasakan dekatnya anda dengan Pencipta anda.

Seperkara yang paling menarik apabila fikiran dan minda anda menjadi semakin positif ialah, hati anda secara ikhlas akan merasa jelek untuk melakukan perbuatan yang berdosa dan seakan ada kekuatan yang jitu pada diri anda yang dapat mengelakkan anda dari berbuat perkara-perkara yang keji dan memudaratkan diri anda sendiri.

Segala perkara baik yang anda rasakan ini, sebenarnya adalah satu lagi nikmat Allah berupa hidayah keatas hambaNya yang bersyukur. Dalam konteks ini, kita telah menjadi orang yang bersyukur kerana telah menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati diri kita sebagai salah satu nikmat dari Allah.

Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji (Luqman:12)

Mulai saat ini, mulakan hari baru dengan rasa cinta yang mendalam terhadap diri anda sendiri, lakukan secara perlahan-lahan kerana cinta itu datang dengan ikhlas, cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah cinta itu hadir dengan ikhlas. Pepatah mengatakan : 'Tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebagai permulaan, kenalilah diri anda, apakah sebenarnya citarasa anda yang betul, maka penuhilah citarasa anda itu. Walau siapa pun manusia itu, pasti akan ada kebaikan dalam dirinya yang selama ini tidak disedari olehnya. Sentiasa terapkan dalam diri anda bahawa anda adalah satu anugerah penciptaan Allah yang sangat beruntung kerana manusia itu adalah penciptaan yang diciptakanNya dengan sebaik-baik kejadian.

Berusahalah untuk menukar segala apa tabiat buruk yang ada pada diri anda sedikit demi sedikit. Ingatlah, Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin berubah.


Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Raad': 11)

Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnuldzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)

Artikel asal susunan: arjunasetia

Rabu, 28 April 2010

Kisah Rakanku

(Diterjemahkan dari My Friend's Story atas permintaan beberapa orang pembaca)

Hari ini aku ingin berkongsi kisah salah seorang rakanku yang telah mempelajari selok belok Hukum Tarikan selama hampir 2 bulan sebelum senario ini berlaku. Baru-baru ini, dia perlu terbang ke luar negera selama beberapa hari kerana beberapa urusan. Dia akan menaiki pesawat pada pukul 8:00 malam dan dia mesti ada disana selewat-lewatnya 1 jam sebelum berlepas. Dia telah membuat persiapan sehari sebelum pergi, mengemas bagasi dan sebagainya. Dia dihantar oleh keluarganya ke lapangan terbang pada petang hari itu. Aku menerima panggilan telefon darinya ketika dia sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang.




Rakanku: "Semuanya terbalik. Mengapa hal ini terjadi?! Sedangkan saya telah berikan fokus dan juga komitmen untuk hari ini dengan seberapa yang mampu.Apa yang salah dengan fokus saya? Adakah saya membuat sesuatu yang salah?

Aku: "Mengapa? Apa yang berlaku...."

Rakanku: "Pertama, Hanya selepas kami melepasi tol, baru saya sedar bahawa saya memakai kasut buruk ni! Saya dah beli kasut khas untuk perjalanan ni, tetapi saya lupa bahawa saya masuk ke dalam kereta tanpa menukar kasut! Kasut yang saya beli tu masih ada kat rumah!

Aku: "Hahaha ... apa?"

Rakanku: "Kedua, beg saya tak boleh di zip!! Saya punya banyak benda yang perlu dibawa dan saya tidak boleh tinggalkan satu apa pun. Saya rasa saya dah bawa muatan lebih had, mesti saya akan kena bayar kos tambahan untuk lebih muatan"

Aku: (terdiam) .. "Kawal emosi awak, sabar .."


Rakanku: "Dan untuk bonus, kenapa mesti sekarang dia datang? bukan waktunya lagi, patutnya lagi seminggu! Awak faham apa maksud saya?

Aku: "Tak faham la..apa tu?"

Rakanku: "Maksud saya periodla .. bukan waktunya lagi!"

Aku : "Owh .. maaf ... Ok .. Ok ..? Awak boleh tak tenangkan diri dan ambil nafas dalam-dalam?? Dan berdoa kepada Allah"

Rakanku: "Saya cuba .. tapi aku benar-benar frust! anyway .. terima kasih atas nasihat awak .. line telefon tidak begitu baik, suara awak bergema .. "

dan talian terputus.... dan apa yang boleh aku lakukan adalah untuk berdoa baginya, semoga Allah mempermudahkan baginyasegala urusan.

Dan malam itu, hanya beberapa minit sebelum berlepas, aku mendapat mesej teks dari nya ..

Hai, semuanya ok..

1. Tentang kasut saya, ayah saya dah belikan kasut berjenama mahal di lapangan terbang dan ianya merupakan salah satu kasut idamanku (hehe).




2. Dia juga membelikan aku beg yang lebih besar, hanya selepas itu kami menyedari bahawa beg kecil saya hanya 3 kg. Jadi, selepas menukar bagasi, semua barangan saya masih di bawah had muatan.



3. Kerana period ni, saya tidak perlu bimbang tentang solat saya, samada untuk jamak atau qasar, Allah memudahkan saya dan membantu saya supaya lebih mudah dalam perjalanan. Syukur Alhamdulillah. Ok, lihat jumpa lagi dan terima kasih.


Jadi, sentiasa ada hikmah dan hasil yang positif atas segala sesuatu yang kita selalu berikan tanggapan sebagai nasib buruk, malang, dan lain-lain yang bersifat negatif, selagi kita tetap berhusnuzzon dan bersabar dalam menghadapi apa jua situasi. Bersangkabaik, dan InsyaAllah kita akan ditunjukkan jalan keluar..

Isnin, 26 April 2010

Melakukan dosa berulangkali

Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya - dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.

Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya

“tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal istiqamah atas taubatmu”, namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.

Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.

Jangan merasa putus asa dari Rahmat Allah sekiranya kita telah terlanjur melakukan dosa, segeralah kembali kepangkuanNya disaat kita tersedar, kerana Allah sendiri menyuruh kita bertindak demikian apabila kita tersedar.




Semoga Rahmat dan keampunan Allah meliputi kita semua

Ahad, 25 April 2010

Hidup Kita, Pilihan Kita....Pilihan Anda?

Video ini hanya sekadar peringatan untuk tatapan bersama

terserah pada individu itu sendiri untuk membuat penilaian


Sabtu, 24 April 2010

Syukur Alhamdulillah..I'm 40

Syukur padaMu ya Allah kerana memberiku kesempatan hidup hingga ke usia 40.

Semoga Allah memelihara diriku dan menganugerahkanku Keampunan, Taufiq dan Hidayah, Rahmat dan BarakahNya disepanjang hidupku. Ampunilah segala dosa dan kesalahanku disepanjang penciptaanMu keatas hambaMu yang hina ini Ya Allah.....

Amin...







RASULULLAH S.A.W DIANGKAT MENJADI RASUL KETIKA BERUSIA 40

THERE'S SOMETHING UNIQUE ABOUT THIS AGE....

LIFE BEGINS AT 40

Jumaat, 23 April 2010

Secebis Renungan

Entahlah...dalam usia yang semakin meningkat ini, uban pun sudah mula tumbuh sedikit demi sedikit pada rambutku...

Aku terkenang dosa2 yang kulakukan sepanjang penciptaan diriku di dunia ini

begitu banyak dosa yang tak sanggup ku luahkan disini...

jalan mana yang tak kuredah, gaya hidup mana yang tak kuikuti..

Aku sedar siapalah aku untuk berpesan-pesan pada orang lain, akan tetapi aku ingat surah Al-Asr (Masa)

Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian.

kecuali mereka yang beramal soleh

dan berpesan-pesan dengan (kepada) kebenaran

Berpesan-pesan dengan kesabaran


Hanya apa yang ingin ku pesan disini,

Secantik mana pun kita,

Se glamour mana pun kita

Segebu mana pun tubuh kita

Sekaya mana pun kita

atau

Sekuat mana pun dendan dan kemarahan kita

yang membuat kita merasakan kita sentiasa benar setelah dianiayai



Akhirnya....IZRAIL ALAIHISSALAM (malaikat Maut) pasti akan datang menjenguk kita , suatu hari yang kita tak pernah terfikir, esokkan? lusa kah? sebentar lagi kah?

Ketika itu, tiada apa pun lagi yang berguna, melainkan 3 perkara



1. Sedekah dan amal jariah

2. Ilmu yang berguna yang kita pernah ajarkan pada orang lain, yang dimalkan dan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat

3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapa yang telah mati (kita)



Terjawabkah aku? soalan dari malaikat mungkar nangkir?

Tertahankah aku akan siksaan kubur itu nanti?

Atau aman kah aku?



Sabda Nabi S.A.W: Perkuburan itu akan menjadi 2 perkara, samada salah satu dari taman syurga atau salah satu dari lubang neraka....



Maaf, aku hanya mencuri sedikit masa kalian semua, untuk direnung2kan di petang Jumaat ini.


Assalamualaikum

Why Affirmations Usually Don’t Work?

The first thing we need to look at is why affirmations haven’t worked for so many people so that you know what to avoid and then we’ll get into the positive side of affirmations.

Here’s The Top 5 Reasons 97% Of People Fail With Affirmations


1) Most people don’t say them the right way.


They say them in the future or conditional tense as opposed to present tense.

The future tense is the tense that says, “I will…” or “I’m going to…”

You’re putting something into place in the future. But the future never arrives. We only have the present moment.

“I’m going to be rich” will never work.

Instead you say, “I am rich.”

The conditional tense is the tense that says, “I would like to….” Or “I wish I could…”’ It has the idea in it that something may or may not happen.

Affirmations need to be definite firm statements. Saying an affirmation in conditional tense isn’t giving the universe a firm command.

This is why saying “I hope I make more money this year,” or “I wish I could lose weight,” won’t work as affirmations. They are conditional, wishy-washy, because when you hope for something it may or may not happen.

Affirmations must be stated in what’s called the “simple present.”

This makes them stronger, much stronger than saying them any other way.

The simple present is “I have abundance.” You don’t wish for it in the future. You don’t hope that you’ll have it one day. It is putting that affirmation firmly in the present, exactly where you want it.

Think of it this way. We live a series of present moments. We live in a constant present. Affirmations put a future present into the present moment.



2) Repetition—Not saying them enough or consistently enough





Most people say them once and think it’s going to work.

You have to say them over and over and over again.

Affirmations will only work when repeated and you put the consideration repeatedly out there. The way the Universe is hardwired is that it won’t pay attention to one affirmation.

The world’s greatest Affirmation experts from John Assaraf to Brian Tracy will tell you that you have to say them over and over and over again.

Repetition is the mother of skill!

The more you say an affirmation, it creates a belief and once that belief comes into play, things start to happen and manifest into your life.

When you say your affirmations over and over again The Principal of Dominant Thought also comes into play. Whatever your dominant thought is, that is what you will move towards.

So if you are thinking about prosperity and abundance all the time that is what starts to show up in your life.



3) Power of The Mind - They don’t believe in the power of their mind.




We are all born with an incredible mind.

We are capable of creating anything. Yet in the average person, only 10% of the mind is used, which results in 90% not being utilized.

Just imagine what we could do if we used the full capacity of our mind? There have been many studies done that showed people accomplishing great feats with the power of their mind.

With affirmations you are putting your mind to great use and programming it for success on a daily basis.



4) Negative Thinking – A lot of people fall into negative thinking or listening to negative people who say affirmations don’t work.






People don’t recognize their habitual, almost unconscious thinking.

The majority of people have habitual patterns of negative thoughts and they don’t realize it because it has become a way of life.

When you’re not aware of your thoughts, they tend to be negative (for example, thinking that you’re not good enough, or that life sucks, or that you never have enough money to pay the bills.)

When you’re not aware of your dominant thought, you put yourself in a downward spiral and the negative/stinkin’ thinking gets worse and worse.

I use to worry about being able to make my bills every month. Even though I was using affirmations all the time, “I don’t have enough money to pay my bills” was my dominant thought. Once I became aware of my dominant thought, I could overcome it with powerful, positive affirmations.

You need to be consciously aware of your negative thoughts but you can’t pretend that they don’t exist.

You need to acknowledge them and replace them with a positive thought. When a negative thought comes up, we can say “okay, that was my thinking in that moment. Now, I have clients knocking down my door,” or whatever your positive affirmation is.

One trick is to say “Cancel” when a negative thought comes up and replace it with a positive thought.



5) Not Believing – Not believing their affirmations are going to work.





People get so caught up in the present that they don’t think their affirmations will work. They look into their present circumstances and give up too quickly.

In addition, a lot of people have tried affirmations in the past and they didn’t work because they weren’t doing them the right way.

They also believe outside influences.

They are not affirming their affirmations are going to work. All they are affirming is all the past times they have failed and just gave up.

People also have hidden or unconscious beliefs.

Byron Katie as well as many many others have pointed out this fact. Katie talks about how to overcome false beliefs.. When you’re not aware of your thoughts, when you’re not conscious of how your thinking affects you, then those false and unconscious beliefs affect you negatively—and that’s why affirmations don’t work. People don’t work to recognize and get rid of false beliefs.

Why Affirmations, When Used Correctly,
Do Work.

Okay, so we know why affirmations haven’t worked for most people.

Now, simply doing the opposite of these 5 things may give you a little bit better results, there’s still more to discuss and more of a science to it.

This article was taken from 'the desk of Dr. Patricia Ross', Best Affirmation :

http://www.bestaffirmations.com/special/specialoffer.php

I Can Change, Only If I'm Willing To Change!!

Saksikan dengan emphatis video ini, moga memberikan inspirasi kepada mereka yang ingin melakukan perubahan pada diri mereka.....




Khamis, 22 April 2010

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang ku ketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi, aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim Abdullah since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

Assalamualaikum....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.
Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.



Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sori Lim, aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil, aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati, aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.


Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiada ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini, aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru, aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

Dari Anas RA :
Kami para sahabat RA bertanya "Ya Rasullullah SAW kami tidak akan menyuruh orang untuk berbuat baik sebelum kami sendiri mengamalkan semua kebaikan dan menjauhi semua kemungkaran." Maka Nabi SAW bersabda, "Tidak, bahkan serulah orang untuk berbuat baik, meskipun kalian belum mengamalkan semuanya. Dan cegahlah kemungkaran, meskipun kalian belum menghindari semuanya."
(HR Thabrani)


Artikel asal susunan : arjunasetia

Terbit untuk forum iluvislam pada 22hb April 2010 (LINK)

Juga untuk Portal Komuniti Ukhwah pada 8hb Jun 2010 (LINK)

Terbit untuk iluvislam (English Version) pada 15hb Jun 2012 (LINK)

Jutaan terimakasih kepada rakan FB, saudara Abdullah dari Jeram Pasu yang berkongsi artikel ini di laman facebook beliau

Dan juga kepada saudara Topeng Perak Unmask dan Tiki MD yang berusaha menyebarkannya melalui email yahoo groups.

Jutaan Penghargaan kepada Ustaz Abdul Halim yang sudi mengulas artikel ini:

Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).

2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.

3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.

4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.

5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).

6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.

Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Ustaz Halim
www.inijalanku.wordpress.com

"Moga kisah ini akan membawa menafaat kepada kita semua. Dan kepada yang mengirimkannya kepada saya, tiada ucapan yang lebih berharga melainkan doa moga ALLAH memberkati usaha mulia ini. Dan kepada penulis kisah ini, siapa juga saudara atau saudari, moga pengalaman itu menjadi mutiara buat pencetus kepada usaha da'wah dan menghidupkan serta melaksanakan salah satu sifat Rasulullah: tabligh!"
~YB Zulkifli Nordin LINK

Nota kaki:

Rabu, 21 April 2010

Parallel kehidupan





Sebelum kita membicarakan lebih lanjut tentang cara mengaplikasikan konsep husnuzzon dalam kehidupan kita, adalah perlu untuk kita memahami tentang takdir dan keselarian kehidupan kita dimukabumi ini. Perhatikan Firman Allah ini:

Allah tidak akan mengubah nasib (seseorang atau) sesuatu kaum, sehingga kaum (atau orang itu) berusaha (membuat komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka.
(Ar-R'aad : 11)

Maka jelas dari firman Allah, membuktikan betapa Allah telah memberikan manusia suatu kelebihan iaitu kebebasan bertindak dengan kudrat yang dikurniakanNya supaya manusia dapat menggunakan kudrat ini untuk memperbaiki dan memastikan kehidupan manusia itu sentiasa dalam keadaan yang baik.

Firman Allah ini juga bermaksud, bahawa kita TIDAK boleh menyerahkan segala hal-hal yang berkaitan dengan nasib hidup kita semata-mata kepada Allah untuk memberikan kita kehidupan yang baik. Jika inilah yang kita praktikkan, maka bila kita menemui kesusahan dalam hidup, sudah tentulah kita akan menyalahkan Allah. Sedangkan Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mustahil Allah berlaku kejam kepada hamba-hambaNya yang sangat disayangiNya.

Allah telah menganugerahkan kepada kita suatu 'kuasa eksekutif' sebagai bekal sementara kita hidup didunia ini, untuk menjalankan tugas kita sebagai khalifah dimukabumi dan juga mengabdikan diri padaNya. Hidup yang dianugerahkan pada kita ini adalah kehidupan yang "FREE WILL". bukan dikontrol atau dikawal mutlak oleh Allah. Jika kita menganggap segala nya sudah ditentukan atau sudah ditakdirkan, mengapa pula Allah berfirman seperti diatas? Mengapa pula ada kitab catatan malaikat Kiraman dan Katibin dikiri dan kanan kita? Ramai yang sudah tersalah anggap tentang konsep takdir ini.

Lauh Mahfuz
Hakikatnya, segala apa jua yang kita fahami sebagai takdir, ketentuan, nasib dan sebagainya di seluruh alam semesta ini, memang telah diberikan ketentuan oleh Allah S.W.T dan segalanya tercatat (direkodkan)dan disimpan disebuah tempat yang kita ketahui dengan nama Lauh Mahfuz.

Firman Allah:
" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata." (Al-An'aam :59)

Lauh Mahfuz ini termasuk dalam perkara ghaib. Al-Qur'an menerangkannya hanya sekali sahaja dalam ayat 21-22 surah al-Burooj. Maksud ayat, " Bahkan yang didustakan mereka itu ialah al-Qur’an yang mulia; yang tersimpan dalam Lauhul Mahfudz."

Imam Abul Fida' Ismail ibn Kathir (Tafsir Ibn Kathir) meriwayatkan beberapa keterangan daripada sahabat tentang Lauh Mahfuz, antaranya :

1. Daripada Hasan al-Basri: “Pada sisi Allah, terletak Lauh Mahfudz, dari situlah diturunkan daripadaNya akan kehendakNya terhadap siapa yang dikehendaki daripadaNya.”

2. Daripada Ibn Abi Hatim, "Tiada sesuatu yang ditentukan oleh Allah melainkan ditentukan terlebih dahulu dalam Lauh Mahfudz baik al-Qur'an, apa yang sebelumnya atau yang sesudahnya."

Hakikat Lauh Mahfuz yang sebenarnya ialah untuk menggambarkan ilmu Allah iaitu Allah tahu segala-galanya hatta perkara yang belum berlaku. Mengetahui bukan bermakna meletakkan ketentuan mutlak yang tidak boleh diubah-ubah lagi, sesuai dengan firmanNya dibawah:

Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan di sisi-Nya terdapat Ummul Kitab (Lauh Mahfuz). (Ar-Raad : 39)

Sabda Rasulullah SAW:
"TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA, dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezki karena dosa yang diperbuatnya."
(Hadis Riwayat Abu Hurairah)

Hadis yang ini sudah nyata melarang kita hanya menyerah saja kepada takdir yang kita sendiri belum tahu rahsianya.

Sekarang, saya ingin mengajak anda semua berbincang dengan bebas lagi tentang hakikat Takdir yang telah ditentukan, dan dicatat (direkod) di dalam Ummul Kitab yang tersimpan di Lauh Mahfuz, supaya lebih mudah kita fahami tentang hakikat yang sebenar akan takdir didalam parellel kehidupan manusia.

Takdir adalah Program Asas

Apa yang telah kita fahami dari penjelasan pada Surah Al-An'am ayat 59 tadi ialah, setiap manusia, apabila diciptakan Allah, telah ada ketentuan takdir yang dikhaskan untuk manusia itu, dan segalanya telah direkodkan didalam 'Ummul Kitab' yang tersimpan di Lauh Mahfuz. Ketentuan takdir ini adalah merangkumi segalanya iaitu Rezekinya, Jodohnya, Ajalnya, Kelahirannya dan segala-galanya tentang seseorang itu.

Mari kita buka minda kita seluas-luasnya, dan melihat serta memahami keterangan ayat-ayat Allah dengan pandangan dari sudut yg agak berbeza. Saya melihat bahawa Ummul Kitab adalah merupakan tempat penyimpanan data untuk program setiap makhluk terutamanya manusia. (Boleh kita andaikan atau umpamakan seperti sebuah server dalam Kerangka Utama atau Mainframe sesebuah computer sebagai tujuan pemahaman)

Apabila seseorang manusia dicipta, dia memerlukan program yang khas untuk membolehkan dia hidup nyata di bumi yang fana ini atau lebih tepat lagi didalam dimensi kehidupan prasa kedua (Ruang Matrix selepas dilahirkan) . Tanpa program, kita tidak akan berupaya untuk hidup (Program needed to run into the system). Apa yang saya maksudkan ialah, setiap program (takdir) ini, sangat terperinci untuk membolehkan kita menjalani kehidupan. Program yang disediakan untuk kita ini mempunyai jumlah yang tidak dapat terjangkau oleh akal fikiran kita manusia akan jumlahnya. Tetapi bagi memahami secara ringkas, dapat dinyatakan bahawa ianya merangkumi segala aspek kehidupan dari sekeji-keji dan sejahat-jahat perkara sehingga kepada semulia dan sesuci perkara. Dan manusia diberikan kebebasan dan kewarasan untuk memilih sendiri setiap program ini tanpa halangan mengikut keinginan manusia itu sendiri.

Sebagai contoh, jika kita sedang dalam kesempitan wang, kita mempunyai akal yang waras untuk berfikir bagaimana untuk mengatasi dan berikhtiar untuk menyelesaikan masalah itu, samada mencuri, meminjam wang, mengambil rasuah, meminta dari seseorang atau apa jua. Sekiranya kita memilih untuk mencuri, maka program "kita mencuri" itu memang sudah ada tersedia dan mempunyai program pilihan tersendiri seperti mencuri di bank, atau meragut beg dan sebagainya. Sekiranya Allah tidak menciptakan program mencuri, nescaya tiada sesiapa pun di seluruh alam semesta ini yg mampu untuk mencuri.

Maka setiap pilihan yang kita pilih itu akan membawa pula kepada program lain, bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam memilih dan mengusahakannya samada berjaya mencuri, atau terbunuh atau ditangkap, atau dipukul. Akan tetapi kita juga dilengkapkan dengan pengetahuan tentang dosa dan pahala, hukum sebab dan akibat, sebelum membuat sesuatu pilihan dalam kehidupan.

Sekiranya kita memilih pula untuk berniaga, maka telah tersedia pula pelbagai program (takdir) untuk pilihan itu, seperti berniaga apa, dimana, siapa pelanggan kita dan sebagainya. Semuanya telah ditulis sebagai takdir atau program, tetapi apa yang ditulis ini bukannya hanya SATU ketetapan, tetapi terlalu maha banyak dan pelbagai, sehingga kita memilih salah satu daripadanya, dan akan membawa pula kita kepada program seterusnya yang juga telah pun disediakan.

Lihat contoh seorang programmer membuat kode pengaturcaraan yang di dalamnya sudah termaktub penetapannya. Pengguna perisian itu akan mendapat output yang ditetapkan oleh programmer itu. Jika perisian itu adalah sebuah game / permainan komputer, setelah pengguna melalui semua PILIHAN yang diberikan dalam game itu, dan berdasarkan pilihan pilihan yang dibuat itu, maka keputusannya sama ada pengguna itu akan menang ataupun kalah.

Hal ini dapat kita fahami juga dari teori matematik iaitu Teori Kebarangkalian. Kebarangkalian adalah kemungkinan atau kesempatan pada sesuatu keadaan yang akan atau telah berlaku. Teori kebarangkalian digunakan secara meluas dalam bidang seperti statistik, matematik, kewangan, sains dan falsafah untuk mendapat kesimpulan berkaitan kebarangkalian peristiwa terjadi dan mekanik dasar sistem kompleks.

Adapun berkenaan data program yang direkodkan ini, Allah s.w.t menyatakan pelaksanaan terhadap sesuatu ketentuan (program) yang telah ditetapkan semenjak azali sebagai al-Qada’ dalam ayat ini

Firman Allah:
“dan Allah jua yang menciptakan kamu dan (juga) apa yang kamu lakukan”
[Al-Saffat: 96].

Dan juga berdasarkan sabda Nabi s.a.w:
“Allah s.w.t telah menulis takdir makhluk sebelum Dia mencipta langit-langit dan bumi dalam jarak 50 ribu tahun dan Arasy-Nya berada di atas air”.
[Riwayat Muslim]. (~ Allah is the Program Writer –pen)

Contoh: Ali dilahirkan pada 21hb April 2010, perincian program yang Allah berikan untuk dia sangat terperinci iaitu dilahirkan ditangan doktor mana, selepas dilahirkan, akan dibawa kemana, dimandikan, diazankan oleh siapa, kemudian diberikan susu, dan seterusnya, hanya Allah yang Maha mampu mencipta program yang maha lengkap dan sempurna untuk setiap makhluk ciptaanNya.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

“Dia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.”
[Maryam: 21].

Firman Allah:

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid: 22-23)

Tanpa program (Takdir) ini, mustahil manusia dapat hidup. Contohnya, jika Ali dilahirkan tanpa program, Ali cuma akan lahir dan kemudian 'Freeze'. (Kaku dan pegun) kerana tiada apa-apa program ditulis untuk dirinya.

Akan tetapi, semua program yang diberikan ini (telah dicatat/direkod) hanyalah program asas untuk seseorang itu, tujuannya adalah untuk membolehkan manusia berupaya hidup dimukabumi yang fana ini. Selanjutnya, tentang bahagia atau tidak, berjaya atau tidak kehidupan seseorang itu, manusia diberikan Free Will (Kebebasan memilih program) dalam pilihan-pilihan yang dipilih sendiri oleh manusia apabila telah baligh dan sempurna akal. Maka kerana itu, Nabi S.A,W telah bersabda dengan Hadis yang tersebut diatas tadi iaitu:

TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA

Sebagai contoh:

Mungkin usia Ali didalam program asasnya ialah hingga 50 tahun, akan tetapi Ali selalu berdoa supaya panjang umur, dan dia juga banyak melakukan kebajikan (seiring dengan doanya) maka sekiranya Allah memakbulkan doanya (application approve) maka data rekod didalam program asas Ali didalam Ummul Kitab (Mainframe) tentang ajalnya dipadamkan (delete) dan ditukar kepada tarikh yang lain sebagai contoh : ditukar kepada 70 tahun.

Begitu jugalah tentang jodoh, rezeki, kejayaan, kegagalan dan sebagainya, semuanya adalah bergantung kepada usaha manusia itu sendiri. bukan kerana ditakdirkan oleh Allah. Apa yang kita ketahui sebagai takdir selama ini adalah merupakan Program Asas yang diwujudkan untuk membolehkan kita hidup, bernafas dan berdiri dimukabumi ini. Akan tetapi, kita sendiri diberikan peluang untuk menentukan sendiri masa depan dan nasib kita sendiri. Maka disinilah pula terletaknya kepentingan berhusnuzzon sekiranya kita ingin kehidupan kita mendapat kejayaan dan dipermudahkan di dunia dan mendapat perlindungan di akhirat, sesuai dengan firmanNya dalam hadis qudsi::

Ertinya:
Aku bersama sangkaan hambaku padaku, maka hendaklah ia berprasangka dengan apa yang ia inginkan
( bukan yang ia risaukan atau khuatirkan –(Hadis Qudsi :Thobarani dan Hakam).

Selain dari itu, untuk memudahkan lagi kehidupan manusia, dibekalkan juga panduan-panduan dan garis atur seperti A-Qur'an, Para Nabi dan Rasul yang membantu manusia supaya dapat membuat pilihan yang terbaik dan tepat didalam menentukan program kehidupan manusia itu. Dan ingat lah, Allah hanya akan memberikan yang terbaik sahaja untuk semua hambaNya.

Di zaman Umar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan beliau telah dibawa menghadap khalifah Umar.

Lelaki itu telah disoal: “Mengapa kamu mencuri?”

Lelaki itu menjawab: “Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke atas diri saya.”

Khalifah Umar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau terus berkata: “Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong tangannya.”

Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: “Mengapa hukumannya begitu berat?”

Berkata Umar Al-Khattab ra: “Kamu akan dipotong tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah.”

Maksudnya, manusia diizinkan Allah untuk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian daripada ketetapan qada dan qadar. Orang itu boleh memilih untuk TIDAK MENCURI tetapi dia sendiri yang memilih untuk mencuri, bukan kerana ditakdirkan oleh Allah. Maka apabila dia memilih untuk mencuri, maka program mencuri itu telah membawa dia sehingga ditangkap oleh Saidina Umar RA.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir (program yang maha canggih, sempurna dan effisien). Manusia dapat menolak takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan oleh Allah bagi manusia. Justeru itu, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat dihilangkan dengan tidur.

Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Umar Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia sedang dilanda wabak taun.

Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada Saidina Umar ra: “Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?’

Umar ra menjawab: “Aku lari dari takdir Allah yang ini kepada takdir Allah yang lain.”
(Choose to run into another program)
(Riwayat Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Ingatlah, sekiranya kita telah menunjukkan komitmen yang gigih dalam usaha mecapai sesuatu kejayaan atau tujuan tetapi usaha kita itu tidak berjaya, ianya adalah kerana Allah mengatasi segala perancangan kita dengan tujuan untuk memberikan HANYA YANG TERBAIK UNTUK PARA HAMBANYA sesuai dengan firman Allah:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

*NOTA : Ummul Kitab diketahui umum sebagai al-fatihah, kerana ia adalah penghulu Al-Qur'an. Tetapi Ummul Kitab yang dibincangkan disini ialah Ibu Kitab atau Kitab Induk (yang merekodkan segala urusan tentang takdir, nasib, rezeki, qada' dan qadar, jodoh, ajal, maut dan kelahiran seperti yang difirmankan :

“dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu Kami catitkan satu persatu dalam Kitab (ibu Suratan) yang jelas nyata”.
[Yasin: 12]

Berkata Ibn Kasir ra: “Semua perkara yang berlaku telah pun ditulis (sebelum berlakunya) dalam kitab yang dibentang dan ditetapkan dalam Lauh Mahfuz dan maksud Imam Mubin dalam ayat ini adalah Ibu Kitab” [Ibn Kasir, 6/568]


Firman Allah:

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.."
(Surah Al-Hadid: 22-23)

Wallahuaklam,
Aku mohon keampunan dan petunjukMu ya Allah andainya aku melakukan kesilapan dalam penulisan ku ini. Aku hanya melakukan satu perbincangan bebas bertujuan supaya mendapat kefahaman yang lebih benar tentang KeadilanMu dan juga kebebasan berikhtiar yang Kau kurniakan pada hamba-hambaMu.


Artikel susunan: taalidi

Terbit untuk ILuvIslam pada 09/07/2010
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2724

Wealth Affirmations: The Law of Attraction Way

Money and the Law of Attraction


By Liz Green (CEO, LiveYourDreamMentoring.Com)

1. Money ‘flows’ consistently. Money comes into your life and goes out of your life on a regular basis. Do not try to hoard it or stop it from ‘flowing’ out. When you allow it to flow out, as well as in, you create additional ’space’ for more to flow to you.

2. Money is good and you should love it because the more you have of it the more good things you can do for yourself, your family, and for others. Begin to LOVE MONEY for what it will allow you to do.

3. Never save money in case of an EMERGENCY! If you do you will surely attract an emergency into your life to take the money. Always save money for OPPORTUNITIES. You will surely attract opportunities into your life to increase your abundance.

4. Always save 10% of money that flows into your life. Savings eliminates stress and worry than can block more money from coming to you. The more you SAVE the harder your subconscious mind works to add to your abundance.

5. Always give money to someone else in need (even if only a little). When you give money to help others with no expectations of getting anything in return you create ’spiritual space’ for more money to come to you to give away again. The more you give the more you will get and it never fails.

6. Stop focusing your energy and attention on how little money you have. You will surely continue to attract only a little money. Always focus on the fact that lots of money is on its way to you through an unknown method. Get out of your own way and ALLOW money to flow to you.

7. Never worry about HOW money is coming to you. Focus on the amount you want by a certain date and TRUST and ALLOW the supernatural power of the Universal Laws to worry about the HOW. Your job is to set the amount and the job of the Universe is to create the HOW.

8. Write down all the good things you will do when you have lots of money come to you…then read the list and feel the feelings.

9. Know how much money you want. Set specific dates and numbers. Never say “I want to have a lot of money someday.” Always be specific and expect it to HAPPEN.

10. Always CONTROL your money. Never let it control you. When you learn to control money you will never be without it.

11. Use a portion of your money to increase your physical health. Money is totally useless without good health to enjoy it.

12. Kick your negative inner beliefs about money out of your life forever. If you grew up hearing “We can’t afford it – It costs too much – Money doesn’t grow on trees – money is bad – only rich people have money,” those beliefs may be buried deep into your subconscious mind. Identify them and tell them they are banished from your life FOREVER!

13. Understand you were created and put on earth to be prosperous. No one was ever created to experience a life of financial struggles. You were created to experience all the good things in life and it your birthright to do so. Believe this. Peel away all the old layers of negative ‘conditioning’ and look at money with a ‘new set of eyes.’

14. Switch from living with a ‘lack mindset’ to living with an ‘abundance mindset.’ God provided all the abundance needed by the fish in the sea, the birds in the air, and the animals on the ground. They all have plenty to eat and drink. Abundance is all around you if you choose to ’see’ it.

15. Be GRATEFUL for any money that you do have. Heartfelt gratitude opens you up to receive even more abundance to be grateful for. When you live with gratitude in your heart daily you will experience improved physical health.

16. If you see a penny on the ground pick it up and thank the Universe for placing it in your path. If you pass it by you are telling the Universe you do not want money.

17. Stop thinking about how much you ‘need’ money. You will attract more need. Begin thinking you were created to have lots of money and it is on its way to you. You will invoke the Law of Attraction to bring money to you.

18. Practice being consistent in your thoughts and feelings about money. When you catch yourself feeling negatively about it immediately ’shift’ to thinking lots of it is on its way to you. Practice this ’shifting’ every second, minute, hour, all day long and you will see quick results.

19. Use VISUALIZATION and ’see’ yourself having lots of money. Create mental movies where you see yourself living in a fantastic house, driving the car of your dreams, eating at the best restaurants, traveling the world, and helping your family and friends. Add intense emotions to these visualizations. Make them real and ‘watch’ them daily.

20. Create mental movies of YOU saving the lives of helpless animals, feeding and sheltering the homeless, helping to find cures for disease, helping your family and neighbors in need, and giving huge amounts of money to your favority charity. Add intense emotions to these mental movies. Make them real and ‘watch’ them daily and you will harness incredible power.

21….EXPECT to have lots of money in your life. Don’t simply hope to have money, EXPECT to have it. When you expect something your subconscious mind goes to work and searches for answers and solutions to meet those expectations.

22….Become an EXPERT in your passions. By becoming an expert in what you love to do you will attract many people to you who will gladly pay you to teach them what you know. Expertise equals abundance on many levels.

23. Immediately stop talking about how tough life is. Begin to talk about how great it is to be alive and how good life is and life will surely become good because you will attract that to you. Your words are incredibly powerful and affect what happens in your life so choose them carefully from this day forward. ONLY use words that move you toward who you want to BE in life. ONLY use words that move you toward what you want to HAVE in life. ONLY use words that move you toward what you want to DO in life. Why would you want to use any other words and waste what precious time you have?

24. Buy yourself, or someone you love, something you wouldn’t normally spend the money to buy. This eliminates ’scarcity’ thinking and tells the Universe you are ready for more abundance.

25. Decide to be UNSTOPPABLE! Understand that you are IMPORTANT, you are VALUABLE, and you have a PURPOSE in life and that nothing can stop you from living the life of your dreams! Decide to treat yourself to this life.

Selasa, 20 April 2010

Hidup Tanpa Merungut ( A Life Without Complain)

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup

Perbuatan MENGELUH sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram.

Sabda Rasullullah S.A.W: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
(Riwayat oleh Imam Majah)

Artikel asal susunan : niera_lavendar@yahoo.com
Credit to Niera Lavendar

Hayatilah video ini, semoga kita akan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dan tidak akan mengeluh lagi selepas ini.

video

My Friend's Story (Husnuzzon, and the way will be shown)

Today I wanna share a story about one of my friend, she's been practicing LOA for almost 2 month before this scenario happened. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8pm and she have to be there at least 1 hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.



My Friend : " Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?

Me: " Why? What happen, be cool.."

My friend : "Firstly, Only after we past the toll, i realize that i am wearing my old garbage shoes! I have bought a new shoes for this event, but i forgot that I have left it home! I got into the car without changing my shoes!

Me: " what? Hahaha..."

My friend : " Secondly, its my bag! i cant pull the zip! I got a lot of stuff to bring! and i don't wanna leave any single of it..i think now its more than my weight excess limit..may be i have to pay extra for the excess...

Me: (speechless).."Control your emotion.."


My Friend : " And for my bonus, why must this thing came to me at this moment? Its not the time yet, It should be another week! Do you understand what i mean?

Me: " No..I don't"

My Friend : "I mean menstrual period lol!..its not the time yet!.."

Me : " owh..sorry...Ok..Ok..can you please calm down? and take a deep breath? And pray to Allah"

My Friend : "I'm trying..but I'm really frust..anyway thanks for your advice..the phone line is not so good, your voice is breaking up.."

and the line cut....and what I can do is to pray for her, may Allah ease her on every situation.

And that night, just a few minute before her flight departure, I got a text message from her..

Hi there, everything is just fine..
1. About my shoes, my dad just bought for me an expensive branded shoes at the airport and Its one of my dream shoes.


2. He also bought me a bigger baggage, only after that we realize that my small bag is only for 3 kg. So, after changing the baggage, all my stuff is still below the excess limit.



3. Because of the menstrual period, I don't have to worried about my solat, either to jama' or qasar, God ease me and helped me a lot! Syukur Alhamdulillah. Ok, see you then, and thanks.


So, there is always a good reason and explanation beyond everything that we assume as a bad luck. Be positive, Husnuzzon, and we will be shown..

Good luck to my friend.


Artikel asal oleh: taalidi


Terbit untuk ILuvIslam pada 25/08/2010

Isnin, 19 April 2010

Bersabar di saat mencabar

Hari ini saya menerima email dari seorang rakan penggiat Hukum Tarikan di Australia. Dia selalu berkongsi dengan saya tentang pengalaman-pengalaman yang dilaluinya dan juga teknik-teknik yang digunakan dalam mengaplikasikan Hukum Tarikan. Mari kita luangkan sedikit masa untuk sama-sama berkongsi tentang apa yang baru dilalui oleh beliau semalam.

You'll never guess what happened to me ...
Monday, 19 April, 2010 2:47 PM

Hi Talhah,

I was getting my morning coffee the other day, I'd parked out the
front like I normally do.

I just got out of my car, when someone drove out of a side street,
in a real hurry, didn't see my car and drove straight into the back
of it!

I raced over to the other driver, and asked if she was ok?

Much to my surprise, she started abusing me, telling me what an
idiot I was for parking in that spot, that I should always check
behind before I come to stop, and a list of a whole lot of other
claims that were clearly making the entire thing my fault.

I could feel my natural defenses rising up within me. I could hear
the voice inside my head saying that I don't have to take this. And
it was at that point I said, "How about we go inside, I'll buy you
a coffee and some breakfast, and we can talk about what to do from
here?"

You see, I COULD feel my defenses rising and I COULD hear my voice
saying not to take this, and I choose NOT to follow those
instructions.

Every minute of everyday, we are getting messages in the form of
emotions, on what to do and what not to do. It happens in subtle
ways a lot more often than you realize.

Our emotions guide us, based on our beliefs and values. Sometimes
the guidance is awesome, and other times it could not be more wrong.

Its only when you have the ability to hear, feel and see your
emotions from a kind of third person position, that you can decide
if its what you want to do, or not.

You take control, you have choice.

Right now, if you don't have everything that you want, its because
you've been following your emotional guidance system without
questioning it. In subtle little ways, its taking you on the
journey that has been programmed by your beliefs.

Its time to take control, to put the choice back into your life,
and the first step is meditation.


Dari apa yang saya lihat didalam email dari rakan saya ini, jelas menunjukkan, kita perlu bertenang dalam menghadapi apa jua suasana, dan MENGAWAL DIRI dari mengikutkan gejolak nafsu amarah. Walaupun beliau bukan orang Islam yang tidak pernah belajar tentang konsep sabar, muhasabah, qada' dan qadar seperti kita, tetapi dengan mengaplikasikan konsep Hukum Tarikan dan Bersikap Positif, beliau berjaya mengalahkan dan mengawal kemarahannya. Saya berasa malu kerana sebagai orang Islam, sepatutnya, kita lebih tenang dan bersabar dalam menghadapi situasi seperti yang dilalui oleh beliau. Tetapi, saya sendiri tidak pasti, apakah tindakan saya jika saya yang berada ditempat beliau. semoga saya juga akan dapat bertindak tenang seperti itu.

You take control, you have choice. Kamu Berupaya Mengawal Keadaan, Kamu Mempunyai Pilihan


taalidi

Kebetulan atau Manifestasi?


Azman: Eh, semalamkan, aku terpaksa pergi ke 5 tempat berasingan kerana urusan imigresen pembantu rumah aku. Syukurlah, walau pun tempat -tempat itu memang area yang sibuk, aku berjaya perolehi tempat parking di ke lima2 tempat berasingan dengan mudah. Sebelum aku keluar rumah, aku berdoa mohon dipermudahkan, dan kemudian aku beri fokus pada tempat parking yang banyak untuk aku. Siap aku visualkan lagi...

Arshad: Ah...itu semua kebetulan sahaja...cuba kalau kau dah fokus dan kemudian tak dapat pulak macamana?

Azman: Kau kena positif dan husnuldzonlah..jangan ada ragu-ragu atau doubt...

Arshad; iyalah...tapi kalau tak dapat jugak? ini semua kebetulan sahajalah...

Azman : Kalau sampai dah 5 tempat yang sibuk, aku berjaya manifest keinginan aku, takkanlah kebetulan...

Kebetulan atau suatu manifestasi?

Kita semua beriman dan percaya bahawa tidak ada satu pun kejadian dan perkara yang berlaku diseluruh alam semesta ini yang terlepas dari kekuasaan dan pengetahuan Allah S.W.T. Hatta sehelai daun kering gugur kebumi juga ada tercatat di lauh mahfuz

" Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata."
Ayat 59 Surah Al-An'aam.

Maka adakah kita mahu bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kebanyakan perkara yang berlaku hanyalah kebetulan , ATAU kita wajib beriman dengan kalimah Allah didalam Al-Quran?

Sabda Rasulullah SAW:
"TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA, dan tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan. Dan seorang laki-laki akan diharamkan baginya rezki karena dosa yang diperbuatnya."

Fahamkanlah hadis ini baik-baik. Bahwasanya dengan doa yang mustajab Tuhan dapat mengubah apa yang telah ditentukannya buat hambaNya.

Disini kita mendapat kesimpulan betapa besarnya kasih sayang Allah kepada hambaNya yang semata-mata bertawakal dan menyerah kepada-Nya. Hadis yang seperti ini sudah nyata melarang kita hanya menyerah saja kepada takdir yang kita sendiri belum tahu rahsianya. Kita disuruh selalu mendesakkan doa kita kepada Allah, yakni desakan dengan erti yang baik. Dan doa bukanlah alamat dari kelemahan, melainkan menimbulkan kekuatan. Yaitu mempositifkan atau menunjukkan jiwa semata-mata kepada Allah, bebas daripada pengaruh atau mencari perlindungan kepada sesama mahluk. Maka dengan berdoa kita akan selalu merasa diri dekat kepada Allah.

Maka kesimpulannya disini adalah,

KEBETULAN = TIADA YANG MENGATURNYA

Maka jika kita bersetuju bahawa wujud kebetulan, maka kita juga bersetuju bahawa ada perkara-perkara yang berlaku tanpa ada sesiapa yang mengatur atau mengawalnya. Maka secara tidak langsung, kita telah menafikan ayat 59 surah Al-An'aam yang tersebut diatas.

Bagaimana pula sekiranya setelah berdoa dan memberikan fokus dan visualisasi yang tepat, tetapi masih belum dapat apa yang dihajati?
Apakah kerana Alah tidak mahu memakbulkan doa kita? Mengapa? Apakah kerana kita terlalu banyak dosa maka tidak layak untuk mendapat pertolongan Allah?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

Dari apa yang diterangkan oleh Allah melalui ayat diatas, kita dapat fahami bahawa Allah hanya memberikan yang terbaik untuk para hambanya kerana Dia adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah know what is the best for us. Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia itu sendiri. Maka ada diantara doa dan permintaan yang kita mohon dari Allah itu sebenarnya tidak sesuai dan tidak elok untuk kita, maka dengan itu, Allah tidak memakbulkannya, sebaliknya maka Allah akan menggantikan dengan perkara lain yang lebih baik.

Tentang persoalan banyak dosa sehingga tidak layak mendapat pertolongan Allah, perlulah kita fahami dengan betul, bahawa persoalan dosa itu adalah satu perkara lain, persoalan doa adalah satu perkara lain.

Allah itu bukan seperti kita manusia yang mempunyai sifat dendam dan hasad yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi Allah telah meletakkan sistemNya sendiri dimana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada dikerongkong disaat sakaratul maut. Oleh itu walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak/entitle untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah makbulkan, samada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budibicara Allah S.W.T. Apapun, Allah hanya memberikan yang terbaik pada hamba-hambanya.

Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah.

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa dosamu itu suatu bebanan (untuk memakbulkan doamu). Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

Artikel asal susunan: arjunasetia
Nabi SAW bersabda: ”Barangsiapa diberi KEBAIKAN kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, ‘jazakallah khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan PUJIAN yang sangat baik.”
[HR Tirmidzi]